Posts

Showing posts from May, 2017

Karangan Bahagian A Cara-cara Mengatasi Kesesakan Jalan Raya

      Dalam meniti arus kemodenan ini, masalah kesesakan jalan raya banyak diperkatakan. Masalah ini telah mencetuskan kerumitan pelbagai pihak dan sukar ditangani. Kerajaan telah pun melaksanakan pelbagai pendekatan untuk mengatasi kemelut kesesakan jalan raya, bak kata pepatah sebelum kudis menjadi tokak . Namun demikian, kelihatan bilangan kenderaan yang berada di jalan raya masih belum dikurangkan. Menurut Menteri Pengangkutan, Dato’ Liow Tiong Lai, beliau melahirkan rasa bimbang dengan mengatakan bahawa masalah kesesakan lalu lintas telah mencapai tahap yang serius dan perlu diberikan perhatian terhadap isu ini. Jika ditinjau secara menyeluruh, terdapat pelbagai langkah pragmatik yang boleh disegerakan untuk menyelesaikan masalah ini.        Umum mengetahui bahawa usaha yang bertunjangkan kewarasan minda perlulah diambil, iaitu dengan menggunakan kenderaan awam. Kenderaan awam seperti bas, teksi, MRT, LRT, monorel dan KTM haruslah dijadikan alternatif untuk mengurangkan ke