Posts

Showing posts from March, 2017

Karangan Bahagian B Keistimewaan Malaysia

      Malaysia merupakan sebuah negara yang kian membangun sejak mengecapi kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Kita amat beruntung kerana telah mencapai perkembangan pesat dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kesihatan dan perindustrian. Kemajuan sains dan teknologi telah mendorong Malaysia ke alaf baharu yang serba canggih dan moden agar dapat merealisasikan wawasan 2020 yang menjadikan Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Untuk membangun negara supaya setaraf dengan negara-negara lain, sektor-sektor ekonomi yang menyumbangkan kepada pendapatan negara kita amat penting. Sektor pelancongan terutamanya yang mempromosikan negara Malaysia yang unik ini menyumbangkan pendapatan yang amat besar nilainya. Menurut kajian yang telah dilakukan, negara Malaysia merupakan antara 10 negara paling banyak dilawati oleh pelancong asing di dunia dan telah menyumbangkan sebanyak RM22 bilion pada tahun 2012. Menteri Pelancongan Malaysia, Dato' Seri

Karangan Bahagian A Bukti-bukti Perasaan Sayang akan Negara dalam Kalangan Rakyat di Negara Kita

      Sewaktu komuniti dunia sedang leka mengorak langkah dalam memacu pembangunan, perasaan sayang akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia kian subur di hati penghuni bentala. Realiti ini acap kali menjadi wacana komuniti madani yang mendominasi mentaliti kelas pertama. Lebih menarik lagi, isu yang menenangkan jiwa dan minda ini turut menjadi santapan mata di laman sosial Internet. Persoalannya, adakah kita mampu mempertahankan perasaan sayang akan negara yang kita kecapi selama ini? Sesungguhnya, sebagai rakyat Malaysia, amatlah wajar menyayangi tanah air kita yang juga merupakan tempat lahir kita. Oleh hal yang demikian, lapangkan jiwa dan minda untuk mengetahui bukti yang relevan yang memungkinkan hakikat ini berlaku.       Umum mengetahui bahawa dengan belajar bersungguh-sungguhnyan merupakan salah satu cara membuktikan perasaan sayang akan negara. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui pendidikan dan dimanfaatkan untuk memajukan negara. Hal ini demikian ker