Posts

Showing posts from February, 2018

Karangan Bahagian B Langkah-langkah Mengekalkan Perpaduan dan Kepentingan Perpaduan kepada Negara

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, agama, dan budaya yang berlainan, perpaduan amat penting dalam mencapai matlamat pembangunan negara.  Sarankan langkah-langkah mengekalkan perpaduan dan kepentingan perpaduan kepada negara.    Malaysia, ibu pertiwi tanah tumpahnya darah kita ini sesungguhnya merupakan sebuah negara yang makmur, aman, dan unik. Tanah air kita terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India serta golongan minoriti seperti Bidayuh, Iban, Melanau, Dayak dan Kadazandusun. Kerencaman etnik, kepelbagaian budaya, kekayaan warisan dan keindahan landskap sosial yang serba-serbi telah menjadi aset berharga yang dicemburui warga seantero dunia. Namun begitu, Dasar Pecah dan Perintah yang dijalankan oleh penjajah British telah memecahbelahkan masyarakat kaum utama dalam bidang pekerjaan yang berbeza. Masyarakat Melayu dikekalkan dalam bidang pertanian, masyarakat Cina dalam bidang perniagaan, dan masyarakat India sebagai penoreh getah. Bidang

Karangan Bahagian A Sebab-sebab lepasan SPM wajar melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan ijazah

  Dalam alaf yang pesat berkembang dengan pelbagai kemajuan sains dan teknologi, pelajar-pelajar lepasan SPM berlumba-lumba untuk memasuki pusat pengajian tinggi. Senario ini memang merupakan sesuatu yang wajar dipuji kerana pelajar-pelajar negara kita mempunyai semangat untuk terus menuntut ilmu pada tahap yang lebih tinggi. Keaaan ini juga demikian disebabkan dengan sijil SPM sahaja tanpa ijazah tidak akan menjanjikan pekerjaan yang lumayan, malah ramai pelajar yang mengalami masalah pengangguran. Oleh hal yang demikian, pelajar-pelajar yang beraspirasi tinggi untuk memperoleh taraf kehidupan yang lebih baik berusaha bersungguh-sungguh supaya mereka berpeluang untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Menurut Menteri Pendidikan Malaysia, Dato' Seri Mahazir Khalid, lepasan SPM wajar merebut peluang untuk melanjutkan pelajaran kerana banyak faedah yang mampu diperoleh daripadanya. Sesungguhnya, benarlah bicara bijak pandai bahawa kalau ada asap, tentu ada api . Oleh hal yang demiki

Karangan Bahagian B Kesan Kedatangan Buruh Asing ke Negara Kita

Kedatangan buruh asing ke negara kita mendatangkan pelbagai kesan. Bincangkan.    Malaysia adalah antara 10 buah negara teratas yang tersenarai sebagai penggaji warga asing tertinggi di dunia. Dalam mendepani kepesatan perkembangan ekonomi dan kekukuhan politik di negara kita, negara ini telah berjaya membuka mata para pekerja asing sehingga telah mendorong mereka untuk berhijrah ke sini untuk mencari sumber pekerjaan, bak kata pepatah, ada gula ada semut . Negara kita semakin diliputi dengan pekerja asing yang boleh dijumpa di bandar-bandar besar khususnya dari Indonesia, Filipina, Bangladesh, Nepal dan India. Mereka bekerja dalam pelbagai sektor yang bergaji rendah seperti buruh, pekerja kilang dan pembantu rumah untuk mendapatkan mata wang pencarian bagi menanggung kos kehidupan anggota keluarga di negara asal mereka. Penduduk yang ramai di negara asal pekerja asing telah menyukarkan mereka mendapatkan pekerjaan, malah budaya negara kita yang lebih kurang sama dengan pekerja as