Posts

Showing posts from January, 2018

Karangan Bahagian B Peranan Ibu Bapa dalam Memupuk Gaya Hidup Sihat

Bersempena dengan karnival kokurikulum peringkat sekolah, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk pertandingan syarahan. Anda berminat untuk menyertai pertandingan syarahan tersebut. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah "Peranan Ibu Bapa dalam Memupuk Gaya Hidup Sihat".   Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang Dikasihi Puan Pengetua SMK......(fill in your school name), Puan.../Tuan... (fill in your school principal's name), para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran kerana diberikan peluang untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk 'Peranan Ibu Bapa dalam Memupuk Gaya Hidup Sihat'. Hadirin yang dihormati,   Merujuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental, rohani, dan sosial. Aset manusia yang paling berharga adalah untuk mencapai kesempurnaa

Karangan Bahagian B Peranan Ibu Bapa untuk Membantu Anak-anak Mencapai Kejayaan yang Cemerlang dalam Pelajaran

  Kejayaan seseorang pelajar dalam bidang akademik bukanlah sesuatu yang dijadikan sebagai angan-angan. Pernyataan ini dibuktikan apabila terdapat ramai pelajar sekolah rendah, sekolah menengah mahupun mahasiswa telah meraih pencapaian yang cemerlang dalam pendidikan mereka. Di sebalik kejayaan tersebut mempunyai usaha yang tidak diketahui orang serta pelbagai cabaran dan dugaan yang telah diharungi untuk memperoleh prestasi pada masa kini. Dua orang insan pula yang telah memberikan semangat dan pimpinan sejak hari pertama kita menjejakkan kaki ke dunia ini juga amat berjasa terhadap kehidupan kita yang menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh . Mereka bersusah payah mencari rezeki setiap hari supaya mampu menampung kehidupan anak-anak. Pendidikan oleh kedua-dua ibu bapa dapat membantu anak-anak yang diibaratkan sebagai kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya, sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa hadapannya . Ibu bapa menggalas tanggungjawab yang besar dengan

Karangan Bahagian B Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk Mencapai Kecemerlangan dalam peperiksaan

Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup termasuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan. Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.   Tahun demi tahun, rekod kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia telah dapat dicipta dan dipecahkan. Suatu waktu dahulu, terdapat calon yang berjaya memperoleh 16A1, yakni suatu pencapaian yang belum pernah dicapai. Namun begitu, beberapa tahun kemudian rekod ini telah dapat dipecahkan oleh saudari Nur Amalina yang meraih 17A1 dalam SPM. Pada SPM 2007 pula, saudara Azali Azlan dapat mencipta rekod dengan memperoleh 20A1 bagi subjek yang diambil oleh beliau. Kecemerlangan dalam bidang akademik yang diraih oleh ketiga-tiga pelajar ini jelas membuktikan bahawa setiap wawasan pasti dapat dijadikan realiti. Setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Akan tetapi, kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai melalui usa