Posts

Showing posts from July, 2018

Karangan Bahagian A Kepentingan Semangat Kejiranan

  Malaysia terkenal dengan kaum rakyatnya yang penuh diversiti, bangsa, pakaian tradisi dan makanannya. Namun, semangat kejiranan kurang dipraktikkan di negara kita, khususnya di bandar. Hal ini kerana rakyat masing-masing mempunyai pekerjaan dan sentiasa sibuk sehingga tiada masa menghiraukan jiran sebelah mereka. Hal ini menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur dipraktikkan dan hubungan yang longgar sesama jiran. Walakin pihak kerajaan telah menggiatkan pelbagai usaha untuk memupuk semangat ini dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, namun inisiatif ini tidak kelihatan memberi impak positif yang ketara. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Karim, beliau mengatakan rasa kecewanya tentang semangat kejiranan di Malaysia. Masyarakat sepatutnya sedar betapa pentingnya semangat kejiranan di negara kita.    Semangat kejiranan dapat membenarkan masyarakat untuk memupuk semangat bekerjasama. Dengan ini, masyarakat dapat berganding bahu dan sama

Karangan Bahagian B Peranan Ibu Bapa untuk Mengurangkan Masalah Sosial dalam kalangan Remaja

Penglibatan remaja dalam pelbagai masalah sosial mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara. Sebagai ibu bapa, apakah peranan yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja.    Remaja yang sedang meningkat usia telah mendedahkan diri dengan dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini. Lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia, ibu bapa perlu mengejar kerjaya masing-masing untuk melunaskan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Namun begitu, segelintir ibu bapa menginginkan kehidupan yang lebih mewah dan lama-kelamaan bersikap materialistik. Mereka sanggup bekerja dari padi hingga malam untuk mencari rezeki dan beranggapan adalah untuk kebaikan masa depan anak kesayangan mereka. Malah, ada juga ibu bapa yang perlu bekerja berjauhan di luar negara sehingga tidak dapat mempedulikan anak mereka. Rentetan itu, ibu bapa ini tidak berpeluang berjumpa dengan anak mereka selama beberapa minggu atau

Karangan Bahagian B Keburukan Obesiti dan Cara Mengatasinya

Obesiti atau kegemukan dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat dan amat membimbangkan. Jelaskan keburukan obesiti dan cara-cara mengatasinya.    Pada saat kita sibuk merencana kehidupan di dunia yang fana ini, secara sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, masalah obesiti atau kegemukan dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat dan membimbangkan banyak pihak. Ibu bapa pada masa kini yang sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak mampu menjaga pemakanan kanak-kanak yang menyebabkan mereka tidak mengambil berat terhadap makanan yang diambil. Ibu bapa sering mengambil inisiatif yang mudah dengan membeli makanan di luar yang telah diproses atau mengandungi kandungan minyak, gula dan garam yang tinggi untuk menyelesaikan makanan seharian. Hal ini kerana ibu bapa tidak mempunyai  masa yang mencukupi untuk masak makanan yang berkhasiat di rumah sehingga telah mengabaikan kesihatan kanak-kanak yang masih kecil. Lama-kelamaan kanak-kanak telah menga

Karangan Bahagian B Punca Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin ke Negara ini dan Kesannya kepada Masyarakat dan Negara

  Dalam menempuhi pawana globalisasi yang penuh dengan kokurensi sengit ini, secara sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, negara kita yang telah mengalami pascamerdeka dibangunkan supaya dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara lain yang maju. Modenisasi negara kita juga dapat meletakkan negara kita mampu menyaing dengan negara yang lain. Kemajuan yang dikejar ini dapat memastikan negara kita tidak ketinggalan daripada arus zaman kini. Rakyat tanah air yang tercinta ini juga akan menikmati keselesaan yang diperoleh daripada modenisasi tersebut. Namun demikian, terdapat negara dalam dunia ini yang tidak mampu mengikuti perkembangan modenisasi dunia yang pesat. Hal ini demikian kerana bilangan rakyat yang terlaly banyak sehinggakan kerajaan tidak berupaya menampung kehidupan mereka yang miskin. Kebanyakan rakyat dalam negara yang mundur pula menganggur disebabkan pentadbiran negara yang tidak cekap. Bilangan ahli keluarga yang ba

Karangan Bahagian B Peranan Ibu Bapa dalam Mengawal Pengambilan Makanan Segera dan Makanan Ringan dalam kalangan kanak-kanak

  Pada saat kita sibuk merencana kehidupan di dunia yang fana ini, secara sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, masalah obesiti atau kegemukan dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat dan membimbangkan banyak pihak. Restoran makanan segera seperti KFC, McDonald's, Burger King dan Domino's juga semakin hari semakin banyak diusahakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan . Jika kita bertapak kaki di pusat membeli-belah pula, tidak hairan apabila terdapat pelbagai jenis makanan ringan di dalam pelbagai pek yang berwarna-warni yang bertujuan untuk menarik minat dan perhatian khususnya kanak-kanak. Hal ini bertambah buruk lagi apabila terdapat banyak iklan dan promosi jualan yang disiarkan di kaca televisyen atau dipaparkan di dalam akhbar dengan pelbagai jenis permainan yang akan dihadiahkan bersama-sama dengan pembelian makanan ringan atau makanan segera. Namun, hakikatnya kini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak mengamalkan pemakanan yan

Karangan Bahagian B Cara-cara Memanfaatkan Usia Ramaja

Berikan pendapat anda tentang cara-cara memanfaatkan usia remaja.    Kekuatan remaja kepada negara dapat dikaitkan dengan kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Soekarno, Presiden Indonesia yang pertama, " Berikanlah saya 10 orang belia waja, pasti saya akan gegarkan dunia ." Remaja merupakan aset negara yang tidak ternilai harganya yang akan menerajui kepimpinan negara. Kendatipun begitu, seorang tokoh cendekiawan Isalam pernah berkata bahawa petanda runtuhnya, sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat mencari hiburan. Gejala sosial juga semakin kronik akibat landaan gelombang globalisasi yang menyebabkan remaja terjajah minda dan budaya. Sikap acuh tidak acuh remaja terhadap tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan anak juga menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja di negara kita. Sesungguhnya, benarlah bicara bijak pandai bahawa " melentur buluh biarlah dari rebungnya ". Anak-anak belasan tahun ini hendaklah dididik dengan car