Posts

Showing posts from December, 2020

Karangan Bahagian B Syarahan - Ke Arah Melahirkan Masyarakat yang Berilmu dan Berdisiplin

Anda mengambil bahagian dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda ialah "Ke Arah Melahirkan Masyarakat yang Berilmu dan Berdisiplin". Tulis syarahan anda selengkapnya.  Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya tampil di hadapan hadirin sekalian pada pagi yang berbahagia ini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Ke Arah Melahirkan Masyarakat yang Berilmu dan Berdisiplin". Sebelum saya mengutarakan gagasan idea saya berdasarkan tajuk tersebut, adalah lebih baik jika saya kupas makna tajuk syarahan ini secara ringkas. Perkataan "ke arah" bermaksud berhala atau berhaluan manakala perkataan "melahirkan" ialah "mencambahkan". "Masyarakat" pula bermakna kumpulan manusia yang hidup b

Karangan Bahagian A Langkah Melestarikan Permainan Tradisional

Langkah Melestarikan Permainan Tradisional 1. Menganjurkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional  2. Menjadikan permainan tradisional sebagai satu acara untuk menarik pelancong   3. Permainan tradisional sebagai satu aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi     Pada era pascamerdeka, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan masyarakat terlalu dihidangkan dengan kemodenan hidup. Masyarakat masa kini terlalu mengejar kecanggihan teknologi sehingga telah melupakan identiti diri sendiri. Warisan nenek moyang seperti permainan tradisional merupakan aset yang perlu dihargai dan diwarisi untuk pengetahuan generasi muda. Permainan tradisional pelbagai kaum mempunyai asal usulnya yang cukup menarik dan semuanya dibuat dengan tangan. Masyarakat perlulah mengambil inisiatif untuk mengenali dan memeliharanya dengan mengetahui cara permainan dan pembuatan agar tidak pupus dalam tangan masyarakat sendiri. Masyarakat harus menelusuri permainan tradision

Karangan Bahagian B Laporan Pencemaran Sungai dan Keberkesanan Kempen "Cintai Sungai Kita"

 Andaikan anda wartawan sebuah stesen televisyen penyiaran tempatan. Anda ditugaskan untuk membuat liputan tentang pencemaran sungai dan keberkesanan kempen "Cintai Sungai Kita" yang dilancarkan suatu ketika dahulu. Tulis laporan anda itu selengkapnya.    Air merupakan nadi kehidupan manusia. Ia merupakan sumber yang paling berharga bagi semua kehidupan di muka bumi. Air boleh didapati dan 71 peratus daripada muka bumi ini di laut, tasik, sungai, kolam dan paya. Namun, sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang isu pencemaran sungai yang merupakan pembekal air terbesar kepada kita. Masyarakat yang terlalu mengejar kemewahan hidup dan kerjaya masing-masing telah mengabaikan persekitaran dan tidak menyedari akan pencemaran serius yang telah dilakukan. Menurut statistik kajian, Laporan Kualiti Alam 2004 menunjukkan Sungai Pinang di Georgetown, Pulau Pinang merupakan sungai paling kotor dan tercemar sepanjang tahun di Mal

Karangan Bahagian A Langkah-langkah untuk Mengatasi Masalah Keracunan Makanan di Malaysia

Punca Keracunan Makanan di Malaysia 1. Sisa dan bahan buangan (11.8%) 2. Serangga dan haiwan (11.8%) 3. Bekalan air (5.9%) 4. Manusia (70.5%)   Dasawarsa ini, kes-kes keracunan makanan masih berlaku di Malaysia. Walaupun kes-kes keracunan tidak hangat diperbual, namun tindakan untuk menghentikan keadaan ini daripada berlaku telah disegerakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia. Jika dilihat secara terperinci dalam isu ini, kita dapat memahami bahawa terdapat banyak punca yang menyambung kepada keracunan makanan dalam masyarakat. Sisa dan bahan buangan serangga dan haiwan, bekalan air yang tercemar dan kelakuan manusia merupakan antara punca-punca yang menyebabkan keracunan makanan berlaku di negara kita. Kesemua ini merupakan tingkah laku manusia yang tidak memastikan kebersihan yang sempurna menyebabkan bakteria membiak di tempat yang kotor. Oleh sebab keadaan sedemikian, maka tindakan dan usaha yang pragmatik dan proaktif perlu diimplementasikan untuk mengatasi masalah keracunan makanan