Posts

Showing posts from 2017

Karangan Bahagian B Cara-cara Mengekalkan Bangunan Bersejarah

Pelupusan bangunan bersejarah atas alasan pembangunan telah menghakis warisan sejarah negara kita. Berikan pendapat anda tentang cara-cara mengekalkan bangunan bersejarah.   Pada era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan menduga kita ini, Malaysia, ibu pertiwi tanah tumpahnya dara kita ini sesungguhnya wujud daripada ketamadunan silam iaitu Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan awal seperti Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Kedah Tua. Sementara itu, beberapa kerajaan lain di pantai Timur Semenanjung Malaysia pernah dijajah selama 446 tahun dan akhirnya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejarah penubuhan kerajaan ini telah banyak meninggalkan bangunan bersejarah sama ada yang bercirikan tempatan mahupun Eropah. Jawatankuasa Warisan Dunia (UNESCO) telah mentadbir Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO dan mencalonkan Tapak Warisan Dunia yang bertujuan mengkatalog, menyenarai, menamai dan mengabdikan tapak-tapak ulung warisan budaya atau wa

Karangan Bahagian B Cara-cara mewujudkan Budaya Membaca dalam kalangan remaja kita

  Dalam menempuhi kehidupan era milenium yang penuh kontroversi ini, secara sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, budaya membaca kian dipandang enteng dalam komuniti madani. Fenomena ini sering menjadi mauduk bicara komuniti dunia yang telah melalui anjakan paradigma dalam kehidupan. Masyarakat Malaysia yang mentalitinya masih berada di kelas ketiga kurang menghargai buku-buku yang memberikan ilmu. Jika kita memfokuskan lensa perbincangan ke negara lain, negara Jepun terutamanya akan menjadi entiti mithali kita. Masyarakat Jepun amat menghargai ilmu dan mengamalkan budaya membaca di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Mereka dapat dilihat membaca buku semasa menunggu LRT, di kedai kopi dan di rata-rata tempat. Menurut kajian Universiti Malaya, rata-rata rakyat negara kita kurang berminat membaca buku kerana rakyat hanya membaca sebuah buku setiap tahun. Menurut tokoh akademik yang tersohor, Professor Diraja Engku Aziz, beliau sering memperkata

Karangan Bahagian B Kepentingan-kepentingan Mengekalkan Budaya Warisan Kaum (SPM 2015)

Di sini lahirnya sebuah cinta      Yang murni abadi sejati Di sini tersemai cita-cita               Bercambah menjadi warisan Ku ingin kotakan seribu janji     Sepanjang kedewasaan ini Ku ingin sampaikan pesanan         Akulah penyambung warisan   Rangkap pertama dan terakhir lirik lagu Warisan yang dinyanyikan oleh penyayi tersohor negara, Allahyarham Sudiman bin Haji Arshad telah mempotretkan kita sebagai penyambung warisan negara. Malaysia merupakan sebuah nagara tercinta dikenali dengan tiga kaum utama iaitu, Melayu, Cina, India dan etnik-etnik yang kecil bilangannya seperti Kadazandusun, Bidayuh dan Melanau yang kebanyakannya tinggal di Sabah dan Sarawak. Keadaan ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dengan diversitinya dari segi agama, budaya, bangsa, tradisi, adat resam, cara hidup dan sebagainya. Persoalan yang telah menerjah dan menerawang di gawang minda saya adalah berapa ramaikah orang yang mengenali dan menghargai budaya warisan kaum m

Karangan Bahagian A Tujuan Sambutan Hari Guru (SPM 2015)

  Hari Guru Sedunia jatuh pada 5 Oktober setiap tahun, namun negara kita menyambut Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun yang sama tarikhnya dengan Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu kerana menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tahun 1956. Tema Hari Guru tahun ini ialah “ Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”. (Please change this according to the theme of the year.) Guru merupakan insan mulia yang mengajar dan mendidik murid-muridnya tanpa mengira masa tenaga dan wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajarnya. Seperti yang kita sedia maklum, Hari Guru disambut setiap tahun di peringkat sekolah dengan meriah oleh murid-murid dan guru-guru. Sesungguhnya, guru haruslah dihargai kerana merupakan pencorak kepada kejayaan pelajar. Maka, marilah kita lapangkan jiwa dan minda untuk

Karangan Bahagian A Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan dalam kalangan masyarakat

  Kebanyakan masyarakat di bandar tidak mengenali jiran mereka. Hal ini demikian kerana mereka terlalu sibuk mengerjakan pekerjaan masing-masing selaras dengan pembangunan negara yang  diibaratkan seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut . Masyarakat kini bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka enggan majaga tepi kain jiran kerana menganggap akan membebankan diri mereka. Namun, menurut Dato' Dr Fadzillah Kamzah, beliau mengatakan bahawa jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita, sama da di depan, belakang, kiri atau kanan dan akan bertindak sebagai orang yang pertama menghulurkan bantuan sewaktu kita mengalami kesusahan. Hal ini dapat dianalogikan seperti awan yang melindungi bumi daripada cahaya matahari. Maka, semangat kejiranan perlulah dipupuk dalam kalangan masyarakat untuk menjalin hubungan silaturahim yang erat dan kukuh.    Umum mengetahui bahawa semangat kejiranan dapat dipupuk melalui program rumah terbuka. Pende

Karangan Bahagian A Cara-cara menghargai Warga Tua

  Dalam menempuhi kehidupan era milenium yang penuh kontroversi ini, warga tua kian dipinggirkan. Senario ini saban hari menjadi polemik komuniti madani yang cakna tentang duniawi. Warga tua yang telah memberi sumbangan dan pengorbanan sepanjang hidup mereka kebanyakannya telah dihantar ke rumah orang tua oleh anak-anak mereka. Tindakan ini boleh dikatakan bagai kacang melupakan kulit kerana kasih sayang yang dicurahkan sejak anak mereka masih kecil tidak dibalas semasa ibu bapa menjadi tua. Hal ini menyebabkan ibu bapa menjadi sunyi dan diabaikan malah menyebabkan impak buruk kepada mata dunia. Keadaan ini mempamerkan sikap generasi muda yang tidak menghormati dan menjaga kebajikan ibu bapa. Dengan ini, tindakan perlu diambil secepat mungkin untuk membendung sikap ini agar warga tua dapat dihargai dan memperoleh perlindungan yang sepatutnya.   Anak-anak perlulah memikul tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa sehingga akhir hayat mereka. Walaupun ibu bapa memarahi atau memukul kita

Karangan Bahagian A Kebaikan Kecanggihan Teknologi

  Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi. Perkembangan dalam teknologi telah menyogokkan gaya hidup baharu serta mengubah cita rasa pengguna. Teknologi telah menguasai dunia ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat masyarakat akan menggunakan teknologi dengan mengawal setiap perkara di hujung jari mereka. Keadaan ini menjadi amat mustahak kepada masyarakat kerana merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari masyarakat. Hal ini demikian kerana teknologi maklumat diwujudkan untuk menyenangkan kehidupan kita yang sibuk. Dunia kita kini yang beralaf siber telah melahirkan generasi kini yang celik IT. Sesungguhnya, jika derenungkan secara berhemah, kecanggihan teknologi mendatangkan maslahat terhadap masyarakat dan negara kita.  Umum mengetahui bahawa kecanggihan teknologi telah membenarkan pelajar belajar melalui sidang video. Dengan penciptaan komputer dan Internet, pembelajaran melalui sidang video dapat dijalankan. Par

Karangan Bahagian A Cara-cara Mengatasi Kesesakan Jalan Raya

      Dalam meniti arus kemodenan ini, masalah kesesakan jalan raya banyak diperkatakan. Masalah ini telah mencetuskan kerumitan pelbagai pihak dan sukar ditangani. Kerajaan telah pun melaksanakan pelbagai pendekatan untuk mengatasi kemelut kesesakan jalan raya, bak kata pepatah sebelum kudis menjadi tokak . Namun demikian, kelihatan bilangan kenderaan yang berada di jalan raya masih belum dikurangkan. Menurut Menteri Pengangkutan, Dato’ Liow Tiong Lai, beliau melahirkan rasa bimbang dengan mengatakan bahawa masalah kesesakan lalu lintas telah mencapai tahap yang serius dan perlu diberikan perhatian terhadap isu ini. Jika ditinjau secara menyeluruh, terdapat pelbagai langkah pragmatik yang boleh disegerakan untuk menyelesaikan masalah ini.        Umum mengetahui bahawa usaha yang bertunjangkan kewarasan minda perlulah diambil, iaitu dengan menggunakan kenderaan awam. Kenderaan awam seperti bas, teksi, MRT, LRT, monorel dan KTM haruslah dijadikan alternatif untuk mengurangkan ke

Karangan Bahagian A Kebaikan Internet

      Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat di dalam negara telah menyogokkan gaya hidup baharu serta mengubah cita rasa pengguna. Teknologi maklumat telah menguasai dunia ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat masyarakat akan menggunakan teknologi maklumtat dengan mengawal setiap perkara di hujung jari mereka. Keadaan ini menjadi amat mustahak kepada masyarakat kerana merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari masyarakat. Fenomena ini dapat juga dikaitkan dengan terciptanya rangkaian Internet untuk menyenangkan kehidupan kita. Sesungguhnya, jika direnungkan secara berhemah, rangkaian Internet mendatangkan maslahat terhadap masyarakat dan negara kita.    Umum mengetahui bahawa kebaikan perdana yang mampu kita nikmati adalah mencari maklumat. Dalam konteks ini, masyarakat akan menjadi lebih peka dengan perkembangan dan pergolakan di setiap sudut dunia melalui kemaju

Karangan Bahagian A Langkah-langkah Mempopularkan Permainan Tradisional

      Dalam menempuhi kehidupan era milenium yang penuh kontroversi ini, permainan tradisional kian dipandang sepi dalam penghuni bentala. Fenomena ini sering menjadi mauduk bicara komuniti madani yang telah melalui anjakan paradigma dalam kehidupan. Lebih menarik lagi, isu yang meruntun jiwa dan minda ini turut disiarkan di dada akhbar untuk tatapan umum. Persoalannya, adakah kita bersedia menghadapi kekangan yang melanda generasi kini? Oleh hal yang demikian, lapangkan jiwa dan minda untuk memikirkan langkah pragmatik yang boleh disegerakan untuk memartabatkan permainan tradisional.       Umum mengetahui bahawa cara yang bertunjangkan kewarasan minda perlulah diambil, iaitu sokongan daripada ibu bapa. Ibu bapa menjadi entiti mithali kepada anak-anak dan memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka. Ibu bapa boleh mengambil tindakan pertama dengan memperkenalkan permainan tradisional yang pelbagai kepada anak-anak seperti congkak, wau, ting-ting, gasing dan sebagainya.

Karangan Bahagian A Cara-cara Mengurangkan Penyakit Berjangkit daripada Terus Menular di Malaysia

      Kes penyakit berjangkit semakin membimbangkan masyarakat kini. Beberapa tahun yang lalu, kita dikejutkan dengan penyakit Ensefalitis Jepun (JE) yang berpunca daripada khinzir. Penyakit ini disebabkan oleh virus Ensefalitis Jepun bawaan nyamuk. Jangkitan virus ini kepada manusia mungkin menyababkan simptom teruk dan akhirnya membawa kepada maut. Munurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam, beliau melahirkan kebimbangan terhadap penularan penyakit berjangkit di negara kita. Terdapat beberapa pendekatan mengurangkan penyakit berjangkit daripada terus menular di Malaysia.        Umum mengetahui bahawa langkan yang bertunjangkan kewarasan minda perlulah diambil, iaitu dengan penjagaan kesihatan yang teratur. Kita perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali setiap minggu dan 20-30 minit setiap kali. Elakkan daripada terjabak gejala negatif seperti merokok dan menghisap dadah. Kita juga digalakkan membuat pem