Posts

Showing posts from November, 2017

Karangan Bahagian B Kepentingan-kepentingan Mengekalkan Budaya Warisan Kaum (SPM 2015)

Di sini lahirnya sebuah cinta      Yang murni abadi sejati Di sini tersemai cita-cita               Bercambah menjadi warisan Ku ingin kotakan seribu janji     Sepanjang kedewasaan ini Ku ingin sampaikan pesanan         Akulah penyambung warisan   Rangkap pertama dan terakhir lirik lagu Warisan yang dinyanyikan oleh penyayi tersohor negara, Allahyarham Sudiman bin Haji Arshad telah mempotretkan kita sebagai penyambung warisan negara. Malaysia merupakan sebuah nagara tercinta dikenali dengan tiga kaum utama iaitu, Melayu, Cina, India dan etnik-etnik yang kecil bilangannya seperti Kadazandusun, Bidayuh dan Melanau yang kebanyakannya tinggal di Sabah dan Sarawak. Keadaan ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dengan diversitinya dari segi agama, budaya, bangsa, tradisi, adat resam, cara hidup dan sebagainya. Persoalan yang telah menerjah dan menerawang di gawang minda saya adalah berapa ramaikah orang yang mengenali dan menghargai budaya warisan kaum m

Karangan Bahagian A Tujuan Sambutan Hari Guru (SPM 2015)

  Hari Guru Sedunia jatuh pada 5 Oktober setiap tahun, namun negara kita menyambut Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun yang sama tarikhnya dengan Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu kerana menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tahun 1956. Tema Hari Guru tahun ini ialah “ Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”. (Please change this according to the theme of the year.) Guru merupakan insan mulia yang mengajar dan mendidik murid-muridnya tanpa mengira masa tenaga dan wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajarnya. Seperti yang kita sedia maklum, Hari Guru disambut setiap tahun di peringkat sekolah dengan meriah oleh murid-murid dan guru-guru. Sesungguhnya, guru haruslah dihargai kerana merupakan pencorak kepada kejayaan pelajar. Maka, marilah kita lapangkan jiwa dan minda untuk

Karangan Bahagian A Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan dalam kalangan masyarakat

  Kebanyakan masyarakat di bandar tidak mengenali jiran mereka. Hal ini demikian kerana mereka terlalu sibuk mengerjakan pekerjaan masing-masing selaras dengan pembangunan negara yang  diibaratkan seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut . Masyarakat kini bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka enggan majaga tepi kain jiran kerana menganggap akan membebankan diri mereka. Namun, menurut Dato' Dr Fadzillah Kamzah, beliau mengatakan bahawa jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita, sama da di depan, belakang, kiri atau kanan dan akan bertindak sebagai orang yang pertama menghulurkan bantuan sewaktu kita mengalami kesusahan. Hal ini dapat dianalogikan seperti awan yang melindungi bumi daripada cahaya matahari. Maka, semangat kejiranan perlulah dipupuk dalam kalangan masyarakat untuk menjalin hubungan silaturahim yang erat dan kukuh.    Umum mengetahui bahawa semangat kejiranan dapat dipupuk melalui program rumah terbuka. Pende

Karangan Bahagian A Cara-cara menghargai Warga Tua

  Dalam menempuhi kehidupan era milenium yang penuh kontroversi ini, warga tua kian dipinggirkan. Senario ini saban hari menjadi polemik komuniti madani yang cakna tentang duniawi. Warga tua yang telah memberi sumbangan dan pengorbanan sepanjang hidup mereka kebanyakannya telah dihantar ke rumah orang tua oleh anak-anak mereka. Tindakan ini boleh dikatakan bagai kacang melupakan kulit kerana kasih sayang yang dicurahkan sejak anak mereka masih kecil tidak dibalas semasa ibu bapa menjadi tua. Hal ini menyebabkan ibu bapa menjadi sunyi dan diabaikan malah menyebabkan impak buruk kepada mata dunia. Keadaan ini mempamerkan sikap generasi muda yang tidak menghormati dan menjaga kebajikan ibu bapa. Dengan ini, tindakan perlu diambil secepat mungkin untuk membendung sikap ini agar warga tua dapat dihargai dan memperoleh perlindungan yang sepatutnya.   Anak-anak perlulah memikul tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa sehingga akhir hayat mereka. Walaupun ibu bapa memarahi atau memukul kita

Karangan Bahagian A Kebaikan Kecanggihan Teknologi

  Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi. Perkembangan dalam teknologi telah menyogokkan gaya hidup baharu serta mengubah cita rasa pengguna. Teknologi telah menguasai dunia ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat masyarakat akan menggunakan teknologi dengan mengawal setiap perkara di hujung jari mereka. Keadaan ini menjadi amat mustahak kepada masyarakat kerana merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari masyarakat. Hal ini demikian kerana teknologi maklumat diwujudkan untuk menyenangkan kehidupan kita yang sibuk. Dunia kita kini yang beralaf siber telah melahirkan generasi kini yang celik IT. Sesungguhnya, jika derenungkan secara berhemah, kecanggihan teknologi mendatangkan maslahat terhadap masyarakat dan negara kita.  Umum mengetahui bahawa kecanggihan teknologi telah membenarkan pelajar belajar melalui sidang video. Dengan penciptaan komputer dan Internet, pembelajaran melalui sidang video dapat dijalankan. Par