Posts

Showing posts from 2019

All the best 2019 SPM candidates! ♥

Dear 2019 SPM candidates,   I just wanna wish you the very best for your exams starting tmr! You have been working really hard and just give it your all. This is just another stepping stone and I hope you stay calm throughout the entire exam period. God bless  ♥ ♥ ♥

Karangan Bahagian B Sumbangan Pekerja Asing

Walaupun kehadiran pekerja asing dikatakan banyak menimbulkan masalah kepada negara kita, namun sumbangan mereka masih diperlukan dalam mengisi pembangunan negara. Berikan pendapat anda berhubung pernyataan ini.    Dalam menempuhi pawana globalisasi yang penuh dengan konkurensi sengit ini, secara sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, negara kita yang telah mengalami pascamerdeka dibangunkan supaya dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara lain yang maju. Modenisasi negara kita telah melonjakkan nama negara ke pentas dunia agar dapat menyaingi negara-negara maju yang lain. Kemajuan yang dikejar ini dapat memastikan negara kita tidak ketinggalan daripada arus zaman kini. Rakyat juga akan menikmati keselesaan yang diperoleh daripada modenisasi tersebut. Namun demikian, oleh sebab rakyat terlalu dihidangkan dengan taraf hidup yang mewah dan selesa, telah melahirkan rakyat yang tidak sanggup memikul pekerjaan yang membebankan. Mer

Karangan Bahagian A Peranan Masyarakat dalam Usaha Membendung Kenaikan Harga Barangan Keperluan

Peranan Masyarakat dalam Usaha Membendung Kenaikan Harga Barangan Keperluan 1. Pengguna perlu berjimat cermat dan bijak merancang perbelanjaan 2. Peniaga boleh menyediakan barangan yang mencukup pada setiap masa untuk mengekalkan kestabilan harga 3. Menghasilkan keperluan sendiri   Dalam menempuhi kehidupan yang penuh kontroversi ini, globalisasi telah berlaku di dunia dan ekonomi negara-negara telah meningkat. Namun, mata wang negara kita semakin susut nilainya yang menyebabkan kenaikan harga barang. Hal ini menyusahkan golongan rakyat yang pendapatannya tetap sama dan perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk membeli barang yang sama. Golongan miskin terutamanya mendapat impak yang lebih besar daripada golongan sederhana dan kaya kerana tidak berkemampuan membeli barang keperluan yang mahal. Oleh itu, masyarakat bolehlah mengambil inisiatif dengan membendung kenaikan harga barangan keperluan. Dengan permintaan yang berkurang daripada masyarakat, maka harga barangan dapat dikur

Karangan Bahagian B Meminta Nasihat dan Petua Kejayaan Anda (Surat Kiriman Tidak Rasmi)

Sahabat anda sering mengeluh kerana banyak masa yang dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran, tetapi prestasinya masih kurang memuaskan. Dia ingin meminta masihat daripada anda sekali gus ingin berkongsi rahsia dan petua kejayaan anda. Jawab surat sahabat anda itu selengkapnya.                                                                                                                            (Tulis alamat anda)                                                                                                                            22 Jun 2015    Menemui sahabatku Lyana yang berada di Kota Bharu, Kelantan, semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Dalam surat saudari yang lepas, saudari menulis tentang masalah yang dihadapi untuk mengulang kaji pelajaran, tetapi prestasi dalam peperiksaan yang ditunjukkan masih kurang memuaskan. Oleh sebab itu, saya ingin berkongsi rahsia dengan saudari tentang cara untuk be

Karangan Bahagian A Senario Pelajar Bekerja Semasa Cuti Sekolah

  Dalam menempuhi kehidupan yang penuh kontroversi ini, pelajar sering mengejar modenisasi yang berlaku di dunia pascamoden. Mereka semakin bersifat materialistik dan cenderung terhadap perkara-perkara yang mem... wang saku. Ibu bapa pelajar yang sering sibuk mengejar kerjaya masing-masing dan tidak mempunyai masa terluang untuk bersama-sama anak menyebabkan anak-anak berasa sunyi dan tidak dipedulikan. Ibu bapa juga menanggung beban berat untuk membiayai kehidupan anak mereka dan menyebabkan anak cenderung untuk bekerja semasa cuti sekolah agar beban ibu bapa dapat diringankan dari segi wang. Oleh itu, marilah kita lapangkan jiwa dan minda untuk mengetahui tentang senario pelajar bekerja semasa cuti sekolah dengan lebih lanjut.    Umum mengetahui bahawa pelajar yang bekerja sambilan dapat mengisi masa terluang dengan perkara yang lebih berfaedah. Pelajar yang bekerja sambilan dapat menambahkan pengalaman dari segi alam pekerjaan. Pelajar akan lebih mendisiplinkan diri pada hari-h

Karangan Bahagian B Institusi Keluarga Mampu Membendung Gejala Sosial (Perbahasan)

  Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, dan hadirin yang dihormati. Selamat pagi dan salam sejahtera. Sebagai pencadang dalam perbahasan kali ini, saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain tetap menyokong tajuk perbahasan yang berbunya "Institusi Keluarga Mampu Membendung Gejala Sosial". Sebelum saya meneruskan hujah saya, terlebih dahulu saya ingin menghuraikan definisi tajuk tersebut. Perkataan "Institusi" membawa maksud badan atau organisasi yang ditubuhkan untuk menjalankan tugas yang bersifat am. Perkataan "Keluarga" bermaksud seisi rumah tangga yang terdiri daripada suami dan isteri berserta anak-anak. "Membendungi" pula didefinisikan sebagai mencegah atau menghalang. "Gejala" pula bermaksud tanda-tanda, alamat atau petanda akan terjadinya sesuatu. Perkataan "Sosial" pula ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat.  Hadirin sekalian,    Sesebuah institusi keluarga terdiri

Karangan Bahagian B Manfaat Penggunaan Teknologi Maklumat

  Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat di dalam negara telah menyogokkan gaya hidup baharu serta mengubah cita rasa pengguna. Teknologi maklumat telah meguasai global ini dengan berleluasa, Hampir setiap saat masyarakat akan menggunakan teknologi maklumat dengan mengawal setiap perkara di hujung jari mereka. Keadaan ini menjadi amat mustahak kepada masyarakat kerana merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari masyarakat. Hal ini demikian kerana teknologi maklumat diwujudkan untuk menyenangkan kehidupan kita yang sibuk. Kerajaan negara kita yang menyedari teknologi maklumat mampu menjadikan negara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju telah pun bertindak pantas dengan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mencapai wawasan tersebut. Pelancaran satelit negara Malaysia iaitu MEASAT I, II dan Tiungsat-1 ke angkasa lepas merupakan kejayaan yang memb

Karangan Bahagian A Usaha yang Perlu Dilakukan untuk Mengurangkan Kemalangan di Jalan Raya

Kemalangan Jalan Raya 1. Memandu dengan Berhemah 2. Memandu Mengikut Had yang Ditetapkan 3. Kenderaan Diselenggara dengan Baik 4. Selalu Ingat Orang yang Tersayang   Pada saat kita sibuk merencana kehidupan di dunia yang fana ini, kemalangan jalan raya kian menular dalam kalangan komuniti global. Senario ini saban hari menjadi polemik komuniti madani yang cakna tentang duniawi. Lebih menarik lagi, isu yang meruntun jiwa dan minda ini turut disiarkan di dada akhbar untuk tatapan umum. Persoalannya, adakah kita bersedia menghadapi kemelut kemalangan jalan raya yang melanda generasi kini? Sesungguhnya, benarlah bicara bijak pendeta bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Oleh hal yang demikian, satukan jiwa dan minda untuk memikirkan langkah pragmatik yang boleh diimplementasikan.    Umum mengetahui bahawa usaha yang bertunjangkan kewarasan minda perlulah diambil, iaitu memandu dengan berhemah. Ketika memandu, pemandu perlulah memberi perhatian terhadap persekitaran dan bertangg

Karangan Bahagian B Strategi Menangani Masalah Remaja

Para remaja sering menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan mereka. Sebagai remaja, cadangkan strategi untuk menangani masalah ini. Penjangnya huraian anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.  1. Pihak kerajaan perlu mengadakan program pemulihan kepada remaja bermasalah.  2. Pihak sekolah (unit bimbingan dan kaunseling) memberi ceramah sekurang-kurangnya sebulan sekali.  3. Memberi pendidikan agama kepada anak-anak sejak kecil.  4. Melaksanakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.  5. Peranan media massa.    Tahun 2020 merupakan tahun yang disasarkan oleh pemimpin kita agar Malaysia menjadi sebuah negara maju seperti negara-negara lain, persis kata peribahasa Melayu, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi . Untuk mencapai matlamat tersebut, setiap warganegara Malaysia mestilah berusaha dengan gigih. Namun dalam keghairahan menjadikan Malaysia negara maju, timbul kebimbangan tentang remaja yang menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan mereka. R

Karangan Bahagian B Faktor-faktor Semangat Kejiranan Semakin Luntur

  Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita, sama ada di depan, belakang, kiri atau kanan. Jiran akan merupakan orang yang pertama menghulurkan bantuan sewaktu kita mengalami kesusahan. Namun begitu, pada realitinya masyarakat kini khususnya yang tinggal di bandar tidak mengenali jiran mereka. Pihak kerajaan telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk menyemarakkan lagi semangat kejiranan dalam masyarakat. Program Rumah Terbuka yang dianjurkan pada setiap tahun semasa perayaan utama kaum yang terdapat di negara kita sememangnya bertujuan menggalakkan perpaduan dan semangat kejiranan. Akan tetapi, masyarakat kini hanya bergaul dengan jiran semasa menghadiri program seperti itu tetapi tidak bertegur sapa dengan jiran dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, benarlah bicara bijak pandai bahawa kalau ada asap, tentu ada api . Maka, marilah lapangkan jiwa dan minda untuk memikirkan sebab-sebab semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini.    Umum

Karangan Bahagian A Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan Dalam Kalangan Masyarakat

  Langkah-Langkah Memupuk Semangat Kejiranan  1. Mengadakan aktiviti gotong-royong 2. Mengadakan majlis-majlis rumah terbuka 3. Menyemarakan budaya kunjung-mengunjungi  4. Mengadakan aktiviti Hari Keluarga   Pada era milenium ini, semangat kejiranan tidak lagi diendahkan. Oleh sebab modenisasi yang berlaku di sekeliling masyarakat dengan perkembangan sains dan teknologi, masyarakat sering mengejar dengan masa dan sering sibuk melakukan kerja masing-masing. Mereka tidak lagi memantau persekitaran mereka dan tidak bertegur sapa dengan jiran. Masyarakat semakin mengamalkan sikap mementingkan diri dan tidak mengambil tahu tentang keadaan orang lain. Oleh sebab itu, usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan perlulah dilakukan untuk memulih keadaan mesra dan harmoni antara jiran.    Antara usaha-usaha memupuk semangat kejiranan adalah mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong perlulah dilaksanakan di tempat kediaman masyarakat sekurang-kurangnya setahun se

Karangan Bahagian A & B (handwritten essays)

  Hi, it's been a very long time since I last posted because I was busy and have just completed my exams. So today I decided to scan my karangan which I haven't got the time to type it out. I may find some other time to type them out but here are the essays which I scanned today. It's linked to my Google Drive and it's downloadable and printable. If there are any words you are unable to read, feel free to comment below and I'll respond ASAP. Thank you, all the best while studying.  ♥   Karangan Bahagian A Cara-cara Mempopularkan Permainan Tradisional  Cara-cara Memupuk Perpaduan Kaum di Malaysia  Cara-cara Menggalakkan Masyarakat Menggunakan Pengangkutan Awam Faedah Menyertai Kegiatan Sukan dalam Kalangan Murid Sekolah Karangan Bahagian B  Langkah-langkah untuk Menarik Minat Masyarakat Membaca Karya Sastera Langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk Menjaga Nama Baik Ibu Bapa Anda Peranan Ibu Bapa dalam Memupuk Minat Bersukan dalam Diri Anak-anak Sum

Karangan Bahagian A Cara-cara Belajar untuk Mencapai Kejayaan

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara belajar untuk mencapai kejayaan.   Semua pelajar menginginkan kejayaan dalam kehidupan. Kejayaan yang diperoleh akan memudahkan seseorang pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Mereka juga mungkin mendapat pembiayaan wang supaya tidak membebankan mereka. Namun, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, murid-murid perlulah berusaha bersungguh-sungguh dan rajin menelaah untuk mendapat prestasi akademik yang baik. Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Muhammad Khalid, keputusan peperiksaan awam semakin meningkat saban tahun dan prestasi pelajar bertambah baik. Persaingan antara pelajar-pelajar pula hebat dan oleh hal yang demikian, murid-murid akan bermotivasi meraih kecemerlangan dalam pelajaran. Setiap murid mempunyai cara belajar yang berbeza, oleh itu, mereka bolehlah menggunakan cara belajar yang sesuai untuk menambahkan ilmu masing-masing.    Umum mengetahui bahawa langkah yang bertunjangkan kewarasa

Karangan Bahagian B Tanggungjawab Ahli Keluarga dalam Menangani Ancaman Penyakit Demam Denggi

  Pada saat kita sibuk merencana kehidupan di dunia yang fana ini, ancaman penyakit demam denggi kian menular dalam kalangan komuniti madanai. Senario ini saban hari menjadi polemik komuniti madani yang cakna tentang duniawi. Saban hari, suping telinga kita sering dihidangkan dengan ancaman penyakit demam denggi di kawasan perumahan kita. Berita-berita berkenaan juga terpampang di kaca televisyen mahupun di dada akhbar untuk tatapan umum. Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak 29 orang terkorban dari bulan Januari hingga 22 Februari 2014 dan menunjukkan peningkatan sebanyak 263% bagi tempoh yang sama pada tahun 2013. Selain itu, didapati sebanyak 50 hingga 100 juta kes jangkitan demam denggi berlaku dalam setahun di seluruh dunia dan 500 ribu daripada angka tersebut merupakan kes denggi berdarah. Menurut Cawangan Penyakit Bawaan Vektor Kementerian virus denggi dapat dibahagi kepada 4 jenis iaitu DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4. Pembawa utama virus Aedes di M