Posts

Showing posts from August, 2018

Karangan Bahagian A Ciri-ciri Generasi Pelapis yang diperlukan oleh Negara untuk Menghadapi Cabaran yang Menjelang

  Dalam menempuhi realiti dunia yang penuh dengan pawana globalisasi ini, secara sedar atau tidak, lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, generasi kini telah hidup dengan serba moden dan bersifat hedonisme. Masyarakat haruslah mengetahui bahawa generasi kini perlulah dididik dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Hal ini demikian kerana mereka merupakan tampuk pemimpin pada masa hadapan dan akan mewarisi pentadbiran negara. Generasi pelapis yang diperlukan oleh negara haruslah memiliki sifat-sifat yang terpuji. Selaras dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mewajibkan pembelajaran pendidikan moral, Islam dan Sivik dapat menerap sifat-sifat tersebut dalam diri generasi kini. Maka, marilah kita lapangkan jiwa dan minda untuk memikirkan ciri-ciri generasi pelapis yang diperlukan oleh negara untuk menghadapi cabaran yang menjelang.    Umum mengetahui bahawa sifat perdana yang perlu dilengkapi dalam diri seseorang adalah dapat menerima pendapat

Karangan Bahagian A Langkah-langkah Memelihara Alam Sekitar sebagai Tanggungjawab Bersama

  Alam umpama makmal kehidupan. Demikianlah bandingan yang sering digambarkan oleh saintis dan penyelidik alam sekitar tentang kepentingannya kepada semua benda hidup. Manusia yang mempunyai akal fikiran diberikan tanggungjawab untuk memelihara alam yang merupakan satu-satunya tempat tinggal kita. Antara usaha yang dijalankan untuk melestarikan warisan yang berharga ini termasuklah menerusi Program Penghutanan Semula yang digiatkan dari semasa ke semasa. Program seperti ini perlulah diberikan keutamaan agar tidak mendatangkan masalah pada masa kelak seperti kepupusan habitat flora dan fauna, kekurangan bekalan oksigen, pencemaran udara dan sebagainya. Usaha pemeliharaan alam sekitar semakin menjadi agenda yang penting rakyat Malaysia termasuk syarikat swasta untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat.    Umum mengetahui bahawa cara yang bertunjangkan kewarasan minda perlulah diambil, iaitu menggalakkan tanaman hijau. Tanaman hijau telah dikaji dapat mengeluarkan bekalan oksigen

Karangan Bahagian B Peranan Ahli Keluarga dalam Merealisasikan Institusi Keluarga Bahagia

  Saban hari, cuping telinga kita dihidangkan oleh media massa tentang kes-kes rumah tangga yang menjadi porak-peranda sehingga mengakibatkan penderaan, penceraian dan pergaduhan antara ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga ini sering hidup dalam ketakutan, kebimbangan dan kemurungan kerana keadaan rumah tidak pernah sejahtera. Anak-anak kecil khususnya yang mengalami suasana sebegini akan mengalami tekanan jiwa dan mental. Mereka akan sentiasa memikir sama ada mereka sendiri merupakan punca kepada masalah yang berlaku. Sifat yang tidak mampu menahan tekanan dan konflik ini menyebabkan anak-anak lari dari rumah dan lebih suka bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Dengan ini, timbullah pemikiran bahawa rakan-rakan ini lebih memahami jiwa mereka. Sebenarnya ibu bapa yang merupakan tunjang pemimpin sesebuah keluarga berperanan besar dalam membentuk keluarga bahagia. Yayasan Pembangunan Keluarga juga mewujudkan pelbagai program yang melibatkan ahli keluarga. Ceramah, program motivasi dan aktivit