Karangan Bahagian A Cara-cara Mengatasi Kesesakan Jalan Raya
Dalam meniti arus
kemodenan ini, masalah kesesakan jalan raya banyak diperkatakan. Masalah ini
telah mencetuskan kerumitan pelbagai pihak dan sukar ditangani. Kerajaan telah
pun melaksanakan pelbagai pendekatan untuk mengatasi kemelut kesesakan jalan
raya, bak kata pepatah sebelum kudis menjadi tokak. Namun demikian, kelihatan
bilangan kenderaan yang berada di jalan raya masih belum dikurangkan. Menurut
Menteri Pengangkutan, Dato’ Liow Tiong Lai, beliau melahirkan rasa bimbang
dengan mengatakan bahawa masalah kesesakan lalu lintas telah mencapai tahap
yang serius dan perlu diberikan perhatian terhadap isu ini. Jika ditinjau secara
menyeluruh, terdapat pelbagai langkah pragmatik yang boleh disegerakan untuk
menyelesaikan masalah ini.
Umum
mengetahui bahawa usaha yang bertunjangkan kewarasan minda perlulah diambil,
iaitu dengan menggunakan kenderaan awam. Kenderaan awam seperti bas, teksi,
MRT, LRT, monorel dan KTM haruslah dijadikan alternatif untuk mengurangkan
kesesakan di jalan raya. Kerajaan perlulah memainkan peranan dengan menetapkan
kadar tambang yang berpatutan agar mampu dibayar oleh rakyat. Selain itu, mutu
perkhidmatan kenderaan awam haruslah diperbaiki dengan menaik taraf keadaannya
seperti memasang penghawa dingin dan mempunyai tempat duduk yang selesa agar
lebih digemari oleh rakyat. Hal ini akan menarik minat rakyat untuk menggunakan
kenderaan awam dan seterusnya mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.
Dengan berbuat demikian, ternyatalah bahawa penggunaan kenderaan awam dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Sesungguhnya
kita sedia maklum bahawa kaedah lain yang agak jelas adalah dengan berkongsi
kenderaan. Rakan sekerja boleh berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Rakan-rakan
yang tinggal berdekatan juga harus berkongsi kenderaan sekiranya ke destinasi
yang sama. Rakyat perlulah merancang perjalanan mereka dengan keluar lebih awal
untuk mengelakkan waktu-waktu puncak yang mengakibatkan kesesakan jalan raya.
Waktu pagi, senja, musim perayaan dan hujan lebat merupakan faktor yang
menyumbang kepada kesesakan lalu lintas. Sekiranya rakyat menyahut seruan
kerajaan dengan berkongsi kenderaan, kesesakan jalan raya pasti dapat
dikurangkan. Lantaran berpaksikan kebenaran yang disampaikan, jelaslah bahawa
dengan berkongsi kenderaan, kesesakan jalan raya dapat diatasi.
Pada hemat
saya, senario tersebut dapat juga dikaitkan dengan cara seterusnya, iaitu
mematuhi peraturan jalan raya. Pengguna jalan raya haruslah mematuhi peraturan
jalan raya untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Hal ini demikian
kerana kemalangan jalan raya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kenderaan
berat juga tidak boleh memasuki zon larangan pusat bandar pada waktu pagi
kerana lambat, berat dan berbahaya. Kenderaan ini akan memperlahankan kenderaan
lain dan menyebabkan kesesakan. Oleh sebab itu, pemandu kenderaan berat
hendaklah mematuhi peraturan agar kesesakan tidak berlaku. Dengan bertunjangkan
kesahihan fakta, hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa dengan mematuhi
peraturan jalan raya kesesakan dapat diatasi.
Sebagai
menggulung segala yang dibicarakan, rakyat negara kita perlulah mengelakkan
sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Bersama-samalah
kita sehilir semudik menjayakan prakarsa yang disarankan agar hasilnya membawa
kebaikan. Rakyat Malaysia seyogianya prihatin terhadap keadaan kesesakan lalu
lintas dan memainkan peranan dalam mengurangkan kesesakan. Kerajaan juga harus
mempertingkatkan keadaan kenderaan awam dan memperbanyakkan perkhidmatan awam
ini untuk kemudahan orang ramai. Kerjasama dan sikap prihatin semua pihak
diharap dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas daripada menular dan
menjadikan negara kita sebuah negara yang meju menjelang tahun 2020.
Word count: 487 Markah: 27/30 Date: 24/5/15
Disclaimer: This essay is strictly for reference purposes only. I may
have copied some parts or sentences from other sources but I
hope that these essays will help you with your homework or exams. I do
not mind if you copy and paste this for your own reference but please do
not upload this essay anywhere else without my permission. Thank you
for your cooperation and happy reading. :)
I only got 12/30 after writing this essay.
ReplyDeletei think your teacher know you was copy the paragraph from internet.
Deletehahahhahahahahah i find this funnyyy
DeletePlease reply fast
ReplyDeleteHi, were all your paragraphs consistent where the paragraphs are of similar length? You could try elaborating on what you are trying to say and maybe add some peribahasa to make your answer stand out. You can get feedback from your teacher on what you can improve on. :)
Deleteyes i agree, maybe your words are too much? that is why your teachers deducted your marks?
Delete