Posts

Showing posts from April, 2019

Karangan Bahagian B Tanggungjawab Ahli Keluarga dalam Menangani Ancaman Penyakit Demam Denggi

  Pada saat kita sibuk merencana kehidupan di dunia yang fana ini, ancaman penyakit demam denggi kian menular dalam kalangan komuniti madanai. Senario ini saban hari menjadi polemik komuniti madani yang cakna tentang duniawi. Saban hari, suping telinga kita sering dihidangkan dengan ancaman penyakit demam denggi di kawasan perumahan kita. Berita-berita berkenaan juga terpampang di kaca televisyen mahupun di dada akhbar untuk tatapan umum. Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak 29 orang terkorban dari bulan Januari hingga 22 Februari 2014 dan menunjukkan peningkatan sebanyak 263% bagi tempoh yang sama pada tahun 2013. Selain itu, didapati sebanyak 50 hingga 100 juta kes jangkitan demam denggi berlaku dalam setahun di seluruh dunia dan 500 ribu daripada angka tersebut merupakan kes denggi berdarah. Menurut Cawangan Penyakit Bawaan Vektor Kementerian virus denggi dapat dibahagi kepada 4 jenis iaitu DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4. Pembawa utama virus Aedes di M