Karangan Bahagian B Tanggungjawab Ahli Keluarga dalam Menangani Ancaman Penyakit Demam Denggi

  Pada saat kita sibuk merencana kehidupan di dunia yang fana ini, ancaman penyakit demam denggi kian menular dalam kalangan komuniti madanai. Senario ini saban hari menjadi polemik komuniti madani yang cakna tentang duniawi. Saban hari, suping telinga kita sering dihidangkan dengan ancaman penyakit demam denggi di kawasan perumahan kita. Berita-berita berkenaan juga terpampang di kaca televisyen mahupun di dada akhbar untuk tatapan umum. Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak 29 orang terkorban dari bulan Januari hingga 22 Februari 2014 dan menunjukkan peningkatan sebanyak 263% bagi tempoh yang sama pada tahun 2013. Selain itu, didapati sebanyak 50 hingga 100 juta kes jangkitan demam denggi berlaku dalam setahun di seluruh dunia dan 500 ribu daripada angka tersebut merupakan kes denggi berdarah. Menurut Cawangan Penyakit Bawaan Vektor Kementerian virus denggi dapat dibahagi kepada 4 jenis iaitu DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4. Pembawa utama virus Aedes di Malaysia adalah Aedes aegypti. Jangka hayat nyamuk Aedes ini ialah sebulan dan nyamuk Aedes betina, genus Flavirus akan bertelur sebanyak 60-100 telur setiap kali serta bertelur seribu biji telur sepanjang jangka hayatnya. Virus penyebab demam denggi akan diwarisi sehingga generasi ke-7. Nyamuk Aedes hanya memerlukan 1 sudu teh takungan air untuk membiak malahan telur masih akan hidup selama 9 bulan sekiranya tiada air. Virus Aedes akan terpendam dalam badan seseorang selama 3 hingga 14 hari sebelum simptom-simptom demam denggi wujud. Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Zainal Abidin menyuarakan kebimbangannya dalam menangani ancaman penyakit demam denggi ini dan masyarakat perlulah menggembleng kudrat dalam menghapuskan tempat takungan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Justeru, masyarakat wajar mengambil tindakan dan lengkah yang proaktif dalam menangani ancaman ini.  
  
  Umum mengetahui bahawa langkah untuk menangani ancaman demam denggi ini dapat dimulakan dalam sesebuah keluarga. Setiap anggota keluarga bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kebersihan persekitaran rumah. Setiap ahli keluarga boleh bekerjasama meluangkan 10 minit seperti yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membuang takungan air dan menghapuskan demam denggi. Bekas-bekas perlulah dalam keadaan terbalik agar tidak menakung air. Ubat jejentik mudah larut pula boleh didapati dari klinik dan hospital untuk dibubuh dalam takungan air agar nyamuk tidak membiak. Bekas yang tidak digunakan hendaklah ditutup atau dibuang. Selain itu, saluran bumbung rumah dari longkang perlu diperiksa agar air sentiasa mengalir dan mengumpul daun-daun yang menyekat pengalirannya. Sekiranya sesebuah keluarga menternak ikan dalam akuarium atau tang besar, mereka boleh memelihara ikan gapi atau ikan puyu yang makan jejentik. Ubatan pembunuh jejentik hendaklah dibubuh 3 bulan sekali. Ahli keluarga perlulah mengawasi tempat-tempat seperti akuarium, perangkap semut, timba, kolam mandi, tempayah dan tempat air peti sejuk di dalam rumah dan tayar buruk, tempurung kelapa, botol atau gelas yang mempunyai air, saluran air hujan, pokok pisang, pokok keladi, tangki septik dan longkang tersekat di luar rumah. Pinggan-pinggan alas pasu bunga hendaklah digosok sehingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk Aedes. Seterusnya, tingkap dan pintu hendaklah ditutup terutamanya pada waktu fajar atau senja kerana nyamuk amat aktif pada waktu ini dan cuaca panas. Sekiranya ingin membuka tingkap, pastikan jaring nyamuk dilekatkan agar tidak memasuk nyamuk Aedes. Hal ini dapat mengurangkan risiko menjangkiti penyakit demam denggi. Lantaran berpaksikan kebenaran yang disampaikan, jelaslah bahawa setiap anggota keluarga boleh menjalankan tanggungjawab dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. 

  Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa cara lain yang lebih pragmatik boleh disegerakan, iaitu sentiasa berjaga-jaga akan kawasan persekitaran. Contohnya, anggota keluarga haruslah memakai baju yang berlengan panjang dan seluar panjang semasa tidur dan pakaian yang terang warnanya. Hal ini demikian kerana nyamuk lebih tertarik dengan warna gelap. Kanak-kanak yang bermain di taman pada waktu senja dinasihati supaya memakai baju dan seluar panjang dan cerah warnanya. Ibu bapa bolehlah menyembur penyembur berasaskan minyak serai pada badan anak-anak untuk menghalau nyamuk. Ibu bapa juga haruslah mengelakkan daripada membawa anak-anak membuat lawatan ke kawasan yang berisiko tinggi dengan nyamuk Aedes pada waktu puncak nyamuk mencari makanan iaitu 6 hingga 8 pagi dan 6 hingga 8 malam. Sekiranya baddan mengeluarkan simptom-simptom berkaitan demam denggi, maka tindakan segera untuk melawat doktor merawati penyakit tersebut dapat dilakukan. Simptom-simptom adalah seperti demam mengejut, ruam, gatal, cirit-birit, berasa loya, sakit kepala, sakit di bahagian belakang biji mata, sakit perut, sakit otot dan sendi dan sekit teruk di bahagian pinggang. Pesakit-pesakit ini perlulah diambil sampel darah dan diuji sama ada mereka benar-benar dihinggapi wabak denggi. Suntikan vaksin pula dapat menguatkan daya tahan tubuh dan antibodi badan. Sekiranya bilangan plasma dalam badan masih tidak meningkat, maka pesakit perlulah ditahan untuk dirawat di hospital selama seminggu. Keadaan ini membolehlakn pesakit melawan vektor penyakit denggi melalui suntikan yang diberikan oleh doktor. Lantaran itu, apabila pesakit keluar dari hospital, dia dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan kelambu semasa tidur dan bertindak mengelakkan perkara sebegini daripada berulang. Hal ini disebabkan kesannya akan bertambah buruk sekiranya pesakit yang pernah mengalami demam denggi mendapatkannya semula. Dengan berbuat demikian, ternyatalah bahawa setiap ahli keluarga perlulah sentiasa berjaga-jaga akan kawasan persekitaran untuk mengelakkan demam denggi. 

  Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa kaedah lain yang agak jelas adalah melakukan aktiviti pemantauan dan menasihati antara satu sama lain dalam sesebuah komuniti. Aktiviti gotong-royong di sesebuah kawasan perumahan merupakan salah satu inisiatif yang baik. Sesebuah keluarga dapat menyumbang bakti dalam komuniti dengan jiran tetangga untuk membersihkan kawasan semak-samun atau longkang yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Rentetan itu, masyarakat sesebuah komuniti dapat memupuk perpaduan dan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memerangi demam denggi. Sesebuah keluarga perlulah memberikan pemantauan terhadap rumah jiran dan memberi nasihat sekiranya terdapat takungan air yang menjadi penyebab pembiakan nyamuk. Jikalau tindakan selanjutnya tidak dipedulikan oleh jiran dan berlakunya kes demam denggi di sekitar kawasan perumahan, maka sesebuah keluarga wajar mengadu kepada cawangan Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan untuk melakukan semburan kabus atau 'fogging'. Kesihatan juga perlu dititikberatkan dengan menutup tingkap dan pintu semasa semburan dijalankan. Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 pula dicatatkan dalam Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa kepada pegawai dan inspektor kesihatan memasuki premis dan memeriksa sama ada terdapat pembiakan nyamuk Aedes dan mengenakan amaran, arahan dan denda terhadap pemilik premis tersebut. Dengan bertunjangkan kesahihan fakta, hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa ahli keluarga dan jiran tetangga haruslah mengambil berat antara satu sama lain dan prihatin terhadap kawasan persekitaran yang mungkin menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. 

  Pada hemat saya, senario tersebut dapat juga dikaitkan dengan prakarsa seterusnya, iaitu ibu bapa mengamalkan budaya menjaga kebersihan keluarga dan mendidik ahli keluarga mengamalkan gaya hidup sihat. Ibu bapa berperanan penting dalam menyedarkan anak-anak tentang bahayanya demam denggi. Sekiranya berada di jalan raya, tidak susah kit terlihat sepanduk yang menyatakan sesebuah kawasan itu merupakan tempat hangat pembiakan nyamuk. Hal ini demikian kerana terdapat banyak kes demam denggi yang berasal dari kawasan tersebut. Ibu bapa perlulah menasihati anak-anak yang suka bermain di luar membersihkan diri untuk membasmi kuman. Mereka bolehlah memberikan nasihat kepada anak-anak seperti iklan yang disiarkan di kaca televisyen oleh media massa. Ibu bapa wajar mendidik ahli keluarga bersenam atau bersukan untuk meningkatkan tahap imunisasi badan terhadap virus denggi. Pesakit demam denggi boleh diberikan makanan yang tinggi kandungan protin, minum air isotonik dan jus daun papaya untuk meredakan demam denggi. Demam denggi masih tidak mempunyai rawatan khusus dan akan menyebabkan maut sekiranya tidak mengenal pastinya dengan segera. Sesungguhnya, benarlah bicara bijak pandai bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati sebelum nasi sudah menjadi bubur. Seperti yang kita sedia maklum, sudah terang lagi bersuluh bahawa setiap anggota keluarga perlulah mengintensifkan inisiatif dengan sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

  Suatu hakikat yang wajar diterima ialah uslub menyokong kempen, aktiviti dan program pencegahan demam denggi anjuran pihak kerajaan mahupun pihak swasta dalam mengatasi masalah demam denggi yang menggusarkan ini. Misalnya, pendekatan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan ialah Kempen Hapuskan Aedes yang menguar-uarkan masyarakat untuk melapangkan 10 minit yang menjadi penentu sama ada kita selamat atau tidak dalam sesebuah keluarga. Sesebuah keluarga wajib menghadiri ceramah menghapuskan nyamuk Aedes untuk menambah ilmu pengetahuan dan menjalankan pembersihan dengan lebih efisien. Setiap ahli keluarga tidak harus memandang entent seperti ini malah program mencegah nyamuk Aedes harus dilakukan secara berterusan dan bukannya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Brosur mengenai cara mengangani nyamuk Aedes haruslah diteliti dan dilengkapi dengan maklumat untuk ahli keluarga membuat adaun tentang kes demam denggi di kawasan perumahan. Dengan kupasan yang menarik, sememangnya diakui bahawa sesebuah keluarga perlulah menghadiri kempen dan menyokong serta menghargai usaha kerajaan tentang pelbagai alternatif yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak dalam memerang kes demam denggi ini. Setiap keluarga haruslah berganding bahu dengan menyumbang bakti sedikit sebanyak dalam menjaga kebersihan persekitaran.

  Sebagai menggulung segala yang dibicarakan, ingin saya tegaskan bahawa usaha-usaha yang istiqamah, proaktif, pragmatik dan jitu memerlukan obligasi dan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli keluarga dalam sesebuah masyarakat. Perkara ini mestilah digerakkn dari sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah bermula dari langkah yang pertama. Anggota keluarga haruslah menerima lumrah kehidupan bahawa keruh di muara pasti bermula dan hulunya Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif setiap permasalahan yang berlaku pasti mempunyai punca-puncanya. Anggota keluarga perlulah memupuk sinergi umpama sakit sama mengaduh dan luka sama menyiuk bagi membentuk suatu anjakan paradigma yang menjamin kelangsungan hidup bermasyarakat yang bebas daripada masalah demam denggi. Janganlah kita sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh itu, biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang kerana walau selemah mana jasmani, walau serapuh mana rohani, walau sekaca mana emosi, individu yang bebas demam denggi merupakan elemen penting yang harus diperjuangkan. Cogan kata "Tiada Aedes Tiada Denggi" perlulah sentiasa dalam ingatan agar angka kes demam denggi tidak terus meningkat.

                                         Subur merimbin cili api,
                                               Dipetik sedahan oleh kera,
                                         Kalau persekitaran dijaga rapi,
                                               Denggi dihindari, diri sejahtera.

Word Count: 1575                          Markah: 88/100                                                   Date: 3/11/2015

Disclaimer: This essay is strictly for reference purposes only. I may have copied some parts or            sentences from other sources but I hope that these essays will help you with your homework or exams. I do not mind if you copy and paste this for your own reference but please do not upload this essay anywhere else without my permission. Thank you for your cooperation and happy reading. :) 

Comments

  1. Tq for this Esei now I can do my homework now...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Karangan Bahagian B Faktor-faktor Semangat Kejiranan Semakin Luntur

Karangan Bahagian B Keistimewaan Malaysia

Karangan Bahagian B Keburukan Obesiti dan Cara Mengatasinya