Karangan Bahagian A Bukti-bukti Perasaan Sayang akan Negara dalam Kalangan Rakyat di Negara Kita

      Sewaktu komuniti dunia sedang leka mengorak langkah dalam memacu pembangunan, perasaan sayang akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia kian subur di hati penghuni bentala. Realiti ini acap kali menjadi wacana komuniti madani yang mendominasi mentaliti kelas pertama. Lebih menarik lagi, isu yang menenangkan jiwa dan minda ini turut menjadi santapan mata di laman sosial Internet. Persoalannya, adakah kita mampu mempertahankan perasaan sayang akan negara yang kita kecapi selama ini? Sesungguhnya, sebagai rakyat Malaysia, amatlah wajar menyayangi tanah air kita yang juga merupakan tempat lahir kita. Oleh hal yang demikian, lapangkan jiwa dan minda untuk mengetahui bukti yang relevan yang memungkinkan hakikat ini berlaku.

      Umum mengetahui bahawa dengan belajar bersungguh-sungguhnyan merupakan salah satu cara membuktikan perasaan sayang akan negara. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui pendidikan dan dimanfaatkan untuk memajukan negara. Hal ini demikian kerana apabila memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, kita akan dapat melanjutkan pelajaran ke kolej dan universiti mahupun di dalam atau luar negara. Pendidikan berkualiti yang dipelajari akan membantu kita menceburi bidang yang diminati dan profesional. Dengan memegang jawatan yang hebat kita bolehlah kembali berkhidmat untuk negara dan implisitnya menunjukkan perasaan cinta akan negara.

      Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dengan menjaga harta benda negara akan melahirkan perasaan sayang akan negara dalam kalangan rakyat. Realiti ini dapat dilihat melalui kemudahan awam yang dijaga dengan teliti seperti tandas awam yang bersih dan berfungsi, taman permainan yang selamat digunakan serta telefon awam yang keadaannya masih sempurna. Khazanah negara ini perlulah senantiasa dilindungi dan digunakan dengan baik. Hal ini mampu memanfaakan orang lain di samping menjimatkan kos pembaikpulihan oleh kerajaan semata-mata untuk memperbaiki harta benda yang telah dirosakkan oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan awam yang berada dalam keadaan baik juga akan menjaga nama baik negara kita sekiranya pelancong asing datang mengunjungi Malaysia.

      Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, rakyat perlulah sentiasa menunjukkan imej yang baik kepada pelancong asing untuk menunjukkan perasaan cinta akan tanah air. Sekiranya pelancong memerlukan bantuan daripada kita, amatlah wajar kita sebagai rakyat tempatan menghulurkan bantuan dengan ramah mesra. Maklumat perlulah dinyatakan dengan teliti agar pelancong memahami perkara yang hendak ditujukan di samping memberikan tanggapan yang positif kepada mereka. Kita juga digalakkan menerangkan kelebihan negara kepada pelancong agar mereka lebih mengenali tanah air yang tercinta ini. Tutur kata hendaklan lemah lembut dan bersopan santun agar pelancong dilayan dengan baik. Hal ini akan memberikan kenangan manis terhadap pelancong apabila pulang ke negara asal mereka,

      Izharnya, generasi muda kini memikul obligasi yang cukup signifikan dalam menentukan masa depan tanah air. Kita tidak boleh menongkat dagu dan menanti yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang. Kita perlu berpaksikan tarbiah kimah dan karakter madani serta berpegang teguh pada integrasi nasional. Kredibiliti kita tidak akan bergoyang kendatipun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan. Sehubangan itu, bersama-samalah kita memupuk semangat patriotisme dalam lubuk kalbu masing-masing untuk mempertahankan kedaulatan negara, Rakyat perlulah membuktikan perasaan cinta mereka kepada negara dengan menghargai pengorbanan pemimpin dan pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Kedaulatan negara wajar dipertahankan sebelum diruntuhkan oleh anasir-anasir jahat yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi merealisasikan impian kotor mereka. Oleh sebab itu, semua pihak hendaklah memainkan peranan mereka masing-masing untuk melindungi tanah air kita sendiri.

Word Count: 519                             Markah: 23/30                                                     Date: 30/1/2015

Disclaimer: This essay is strictly for reference purposes only. I may have copied some parts or            sentences from other sources but I hope that these essays will help you with your homework or exams. I do not mind if you copy and paste this for your own reference but please do not upload this essay anywhere else without my permission. Thank you for your cooperation and happy reading. :)           

Comments

Popular posts from this blog

Karangan Bahagian B Faktor-faktor Semangat Kejiranan Semakin Luntur

Karangan Bahagian B Keistimewaan Malaysia

Karangan Bahagian B Keburukan Obesiti dan Cara Mengatasinya