Karangan Bahagian B Peranan Ibu Bapa dalam Memupuk Gaya Hidup Sihat
Bersempena dengan karnival kokurikulum peringkat sekolah, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk pertandingan syarahan. Anda berminat untuk menyertai pertandingan syarahan tersebut. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah "Peranan Ibu Bapa dalam Memupuk Gaya Hidup Sihat". Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang Dikasihi Puan Pengetua SMK......(fill in your school name), Puan.../Tuan... (fill in your school principal's name), para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran kerana diberikan peluang untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk 'Peranan Ibu Bapa dalam Memupuk Gaya Hidup Sihat'. Hadirin yang dihormati, Merujuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental, rohani, dan sosial. Aset manusia yang paling berharga adalah untuk mencapai kesempurnaa...