Karangan Bahagian B Langkah-langkah Mengekalkan Perpaduan dan Kepentingan Perpaduan kepada Negara
Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, agama, dan budaya yang berlainan, perpaduan amat penting dalam mencapai matlamat pembangunan negara. Sarankan langkah-langkah mengekalkan perpaduan dan kepentingan perpaduan kepada negara. Malaysia, ibu pertiwi tanah tumpahnya darah kita ini sesungguhnya merupakan sebuah negara yang makmur, aman, dan unik. Tanah air kita terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India serta golongan minoriti seperti Bidayuh, Iban, Melanau, Dayak dan Kadazandusun. Kerencaman etnik, kepelbagaian budaya, kekayaan warisan dan keindahan landskap sosial yang serba-serbi telah menjadi aset berharga yang dicemburui warga seantero dunia. Namun begitu, Dasar Pecah dan Perintah yang dijalankan oleh penjajah British telah memecahbelahkan masyarakat kaum utama dalam bidang pekerjaan yang berbeza. Masyarakat Melayu dikekalkan dalam bidang pertanian, masyarakat Cina dalam bidang perniagaan, dan masyarakat India sebagai penoreh...