Karangan Bahagian A Ciri-ciri Generasi Pelapis yang diperlukan oleh Negara untuk Menghadapi Cabaran yang Menjelang
Dalam menempuhi realiti dunia yang penuh dengan pawana globalisasi ini, secara sedar atau tidak, lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, generasi kini telah hidup dengan serba moden dan bersifat hedonisme. Masyarakat haruslah mengetahui bahawa generasi kini perlulah dididik dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Hal ini demikian kerana mereka merupakan tampuk pemimpin pada masa hadapan dan akan mewarisi pentadbiran negara. Generasi pelapis yang diperlukan oleh negara haruslah memiliki sifat-sifat yang terpuji. Selaras dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mewajibkan pembelajaran pendidikan moral, Islam dan Sivik dapat menerap sifat-sifat tersebut dalam diri generasi kini. Maka, marilah kita lapangkan jiwa dan minda untuk memikirkan ciri-ciri generasi pelapis yang diperlukan oleh negara untuk menghadapi cabaran yang menjelang. Umum mengetahui bahawa sifat perdana yang perlu dilengkapi dalam diri seseorang adalah dapat mene...