Karangan Bahagian A Langkah-langkah Memelihara Alam Sekitar sebagai Tanggungjawab Bersama

  Alam umpama makmal kehidupan. Demikianlah bandingan yang sering digambarkan oleh saintis dan penyelidik alam sekitar tentang kepentingannya kepada semua benda hidup. Manusia yang mempunyai akal fikiran diberikan tanggungjawab untuk memelihara alam yang merupakan satu-satunya tempat tinggal kita. Antara usaha yang dijalankan untuk melestarikan warisan yang berharga ini termasuklah menerusi Program Penghutanan Semula yang digiatkan dari semasa ke semasa. Program seperti ini perlulah diberikan keutamaan agar tidak mendatangkan masalah pada masa kelak seperti kepupusan habitat flora dan fauna, kekurangan bekalan oksigen, pencemaran udara dan sebagainya. Usaha pemeliharaan alam sekitar semakin menjadi agenda yang penting rakyat Malaysia termasuk syarikat swasta untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat. 

  Umum mengetahui bahawa cara yang bertunjangkan kewarasan minda perlulah diambil, iaitu menggalakkan tanaman hijau. Tanaman hijau telah dikaji dapat mengeluarkan bekalan oksigen yang lebih banyak berbanding dengan pokok-pokok yang berdaun ungu, merah, kuning dan sebagainya. Penanaman pokok-pokok mampu menjamin keseimbangan alam sekitar dan mengekalkan hutan negara. Hutan amat penting dalam menyeimbangkan suhu. Karbon dioksida yang berlebihan akan diambil oleh pokok-pokok dan mengeluarkan oksigen untuk kegunaan manusia dan haiwan. Hutan juga menjadi habitat pelbagai spesies flora dan fauna. Sumber makanan dan perubatan juga diperoleh dari hutan. Hutan juga bertindak sebagai kawasan tadahan hujan dengan menyerp air hujan dan mengelakkan hakisan tanah. Hal ini dapat mengurangkan pemendapan sungai berhampiran dan menghindarkan banjir kilat daripada berlaku. Dengan bertunjangkan kesahihan fakta, hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa alam sekitar dapat dipelihara dengan menanam pokok di pelbagai tempat. 

  Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa kaedah lain yang agak jelas adalah menjaga kebersihan sungai. Masyarakat bolehlah menjaga kebersihan sungai dengan membuang sampah ke dalam tong sampah. Melalui cara ini, sampah sarap tidak akan terapung di sungai dan menjejaskan kehidupan akuatik sungai. Masyarakat haruslah memperkasakan usaha dengan menyokong kempen "Cintailah Sungai Kita". Mereka perlu mempunyai kesedaran dan meningkatkan ilmu mengenai kesan pencemaran sungai. Kempen tersebut perlu digiatkan tanpa dijalankan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Kilang-kilang yang mengeluarkan bahan toksik perlulah menapis bahan buangan sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Sebarang pencemaran yang dilakukan terhadap sungai hendaklah dilaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar oleh masyarakat yang prihatin. Hal ini mampu menyedarkan pihak yang tidak bertanggungjawab dan dikenakan hukuman di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1997. Dengan berbuat demikian, ternyatalah bahawa prakarsa ini mampu membendung pencemaran sungai.

  Suatu hakikat yang wajar diterima ialah metodologi mengamalkan kita semula dalam kehidupan seharian. Masyarakat haruslah mengasingkan bahan buangan seperti kertas, plastik, kaca dan tin minuman sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Sisa-sisa makanan yang merupakan bahan organik boleh dijadikan kompos supaya dapat menyuburkan tanah. Konsep 3R iaitu mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula memudahkan kitaran semula bahan buangan. Agensi kerajaan seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut terlibat dalam kempen tersebut. Mengguna dan mengitar semula bahan buangan dapat menjimatkan kos untuk pelupusan sampah dan penggunaan sumber asli. Lantaran berpaksikan kebenaran yang disampaikan, jelaslah bahawa amalan kitar semula dapat memelihara alam sekitar.

  Sebagai pengitlakan, masyarakt Malaysia perlulah melakukan anjakan paradigma dan sentiasa peka terhadap isu-isu alam sekitar. Rakyat perlulah bersatu padu yang diibaratkan seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, dan sedencing seperti besi dalam melakukan kewajipan yang patut dilaksanakan. Kita perlulah mengekalkan kualiti kehidupan yang selesa untuk mewujudkan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling. Oleh sebab bergantung pada bekalan bahan mentah yang berterusan dan mencukupi, pemeliharaan alam sekitar semakin mustahak untuk sumbangan ini. Kesan buruk sekiranya tidak menghargai usaha pemeliharaan alam amatlah sukar digambarkan pada masa kelak. Dengan itu, rakyat wajib mengekalkan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

Word Count: 567                          Markah: 28/30                                                   Date: 9/10/2015

Disclaimer: This essay is strictly for reference purposes only. I may have copied some parts or            sentences from other sources but I hope that these essays will help you with your homework or exams. I do not mind if you copy and paste this for your own reference but please do not upload this essay anywhere else without my permission. Thank you for your cooperation and happy reading. :) 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Karangan Bahagian B Faktor-faktor Semangat Kejiranan Semakin Luntur

Karangan Bahagian B Keistimewaan Malaysia

Karangan Bahagian B Keburukan Obesiti dan Cara Mengatasinya