Karangan Bahagian A Kebaikan Internet
Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat di dalam negara telah menyogokkan gaya hidup baharu serta mengubah cita rasa pengguna. Teknologi maklumat telah menguasai dunia ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat masyarakat akan menggunakan teknologi maklumtat dengan mengawal setiap perkara di hujung jari mereka. Keadaan ini menjadi amat mustahak kepada masyarakat kerana merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari masyarakat. Fenomena ini dapat juga dikaitkan dengan terciptanya rangkaian Internet untuk menyenangkan kehidupan kita. Sesungguhnya, jika direnungkan secara berhemah, rangkaian Internet mendatangkan maslahat terhadap masyarakat dan negara kita. Umum mengetahui bahawa kebaikan perdana yang mampu kita nikmati adalah mencari maklumat. Dalam konteks ini, masyarakat akan menjadi lebih peka dengan perkembangan dan pergolakan di...