Karangan Bahagian A Cara-cara Mengurangkan Penyakit Berjangkit daripada Terus Menular di Malaysia

     Kes penyakit berjangkit semakin membimbangkan masyarakat kini. Beberapa tahun yang lalu, kita dikejutkan dengan penyakit Ensefalitis Jepun (JE) yang berpunca daripada khinzir. Penyakit ini disebabkan oleh virus Ensefalitis Jepun bawaan nyamuk. Jangkitan virus ini kepada manusia mungkin menyababkan simptom teruk dan akhirnya membawa kepada maut. Munurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam, beliau melahirkan kebimbangan terhadap penularan penyakit berjangkit di negara kita. Terdapat beberapa pendekatan mengurangkan penyakit berjangkit daripada terus menular di Malaysia. 

      Umum mengetahui bahawa langkan yang bertunjangkan kewarasan minda perlulah diambil, iaitu dengan penjagaan kesihatan yang teratur. Kita perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali setiap minggu dan 20-30 minit setiap kali. Elakkan daripada terjabak gejala negatif seperti merokok dan menghisap dadah. Kita juga digalakkan membuat pemeriksaan kesihatan sekali setahun. Implikasinya, kita dapat mengelak daripada penyakit berjangkit seperti pepatah bahasa Melayu yang berbunyi “cegah sebelum parah”. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa penjagaan kesihatan yang tersusun dapat menjamin kita daripada terjebak penyakit yang berbahaya.

      Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kaedah yang lebih pragmatik perlu disegerakan, iaitu dengan mengetatkan kemasukan pelancong asing. Pelancong asing yang datang dari pelbagai sudut dunia ini perlulah diperiksa tahap kesihatan sebelum imigresen yang membenarkan mereka bertapak di negara kita. Hal ini demikain kerana pelancong asing ini mungkin membawa penyakit yang berbahaya dan merebak kepada rakyat di negara kita. Tumpuan khusus perlu diberikan kepada pelancong-pelancong dari negara-negara yang diketahui telah dijangkiti penyakit berjangkit. Sekiranya dikesan pada tubuh pelancong-pelancong terdapat penyakit berjangkit, pihak jabatan kastam hendaklah menahan mereka.

      Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa usaha lain yang agak jelas adalah dengan melupuskan haiwan yang dijangkiti penyakit. Haiwan yang mendatangkan penyakit seperti khinzir dan unggas perlulah dilupuskan sekiranya tanda penyakit berjangkit dikesan pada haiwan-haiwan ini. Hal ini adalah untuk memastikan penyakit berjangkit ini dapat dikawal dengan kadar segara. Walaupun tindakan ini agak kejam sifatnya, kita tidak boleh pilih bulu atau berkompromi apabila kesihatan masyarakat awam terancam dan untuk menyekat penularan yang lebih serius. Bak kata mutiara, “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”. Oleh sebab itu, haiwan yang mendatangkan penyakit berjangkit perlulah dilupuskan demi kesihatan kita.

      Sebagai menggulung segala yang dibicarakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak pendekatan mengurangkan penyakit berjangkit. Dalam konteks ini, semua anggota masyarakat perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan. Kita tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita yang mendatangkan kesan buruk kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kerjasama semua pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya.

Word count: 414                                               Markah: 24/30                                        Date: 6/3/15

Disclaimer: This essay is strictly for reference purposes only. I may have copied some parts or sentences from other sources but I hope that these essays will help you with your homework or exams. I do not mind if you copy and paste this for your own reference but please do not upload this essay anywhere else without my permission. Thank you for your cooperation and happy reading. :)    

Comments

Popular posts from this blog

Karangan Bahagian B Faktor-faktor Semangat Kejiranan Semakin Luntur

Karangan Bahagian B Keistimewaan Malaysia

Karangan Bahagian B Keburukan Obesiti dan Cara Mengatasinya