Karangan Bahagian B Syarahan - Ke Arah Melahirkan Masyarakat yang Berilmu dan Berdisiplin
Anda mengambil bahagian dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda ialah "Ke Arah Melahirkan Masyarakat yang Berilmu dan Berdisiplin". Tulis syarahan anda selengkapnya. Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya tampil di hadapan hadirin sekalian pada pagi yang berbahagia ini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Ke Arah Melahirkan Masyarakat yang Berilmu dan Berdisiplin". Sebelum saya mengutarakan gagasan idea saya berdasarkan tajuk tersebut, adalah lebih baik jika saya kupas makna tajuk syarahan ini secara ringkas. Perkataan "ke arah" bermaksud berhala atau berhaluan manakala perkataan "melahirkan" ialah "mencambahkan". "Masyarakat" pula bermakna kumpulan manusia yang hidup b...