Karangan Bahagian B Kepentingan-kepentingan Mengekalkan Budaya Warisan Kaum (SPM 2015)
Di sini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Di sini tersemai cita-cita Bercambah menjadi warisan Ku ingin kotakan seribu janji Sepanjang kedewasaan ini Ku ingin sampaikan pesanan Akulah penyambung warisan Rangkap pertama dan terakhir lirik lagu Warisan yang dinyanyikan oleh penyayi tersohor negara, Allahyarham Sudiman bin Haji Arshad telah mempotretkan kita sebagai penyambung warisan negara. Malaysia merupakan sebuah nagara tercinta dikenali dengan tiga kaum utama iaitu, Melayu, Cina, India dan etnik-etnik yang kecil bilangannya seperti Kadazandusun, Bidayuh dan Melanau yang kebanyakannya tinggal di Sabah dan Sarawak. Keadaan ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dengan diversitinya dari segi agama, budaya, bangsa, tradisi, adat resam, cara hidup dan sebagainya. Persoal...