Karangan Bahagian A Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan dalam kalangan masyarakat
Kebanyakan masyarakat di bandar tidak mengenali jiran mereka. Hal ini demikian kerana mereka terlalu sibuk mengerjakan pekerjaan masing-masing selaras dengan pembangunan negara yang diibaratkan seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut. Masyarakat kini bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka enggan majaga tepi kain jiran kerana menganggap akan membebankan diri mereka. Namun, menurut Dato' Dr Fadzillah Kamzah, beliau mengatakan bahawa jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita, sama da di depan, belakang, kiri atau kanan dan akan bertindak sebagai orang yang pertama menghulurkan bantuan sewaktu kita mengalami kesusahan. Hal ini dapat dianalogikan seperti awan yang melindungi bumi daripada cahaya matahari. Maka, semangat kejiranan perlulah dipupuk dalam kalangan masyarakat untuk menjalin hubungan silaturahim yang erat dan kukuh.
Umum mengetahui bahawa semangat kejiranan dapat dipupuk melalui program rumah terbuka. Pendekatan ini telah diambil oleh pihak kerajaan dengan mengadakan program tersebut pada hari perayaan utama kaum-kaum masyarakat setiap tahun. Program rumah terbuka mengumpulkan masyarakat pelbagai kaum bersama-sama meraikan perayaan kaum tertentu. Masyarakat dapat berbual-bual dan mengenali adat kaum lain sambil menikmati juadah yang disediakan. Keadaan ini dapat menjalinkan hubungan mesra bagai isi dengan kuku dan mengenali kaum lain dengan lebih mendalam keran tak kenal maka tak cinta. Menurut kajian dari Universiti Sains Malaysia, keberhasilan penganjuran rumah terbuka telah mewujudkan institusi kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di Pulau Pinang. Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa semagat kejiranan dapat dipupuk melalui program rumah terbuka.
Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa cara lain yang agak jelas ialah mengadakan gotong-royong. Gotong-royong boleh dilakukan dengan membersihkan kawasan petempatan, menyediakan hidangan kenduri-kendara dan megadakan sesuatu majlis. Aktiviti gotong-royong akan mengumpulkan masyarakat dari sesebuah kawasan petempatan untuk terlibat bersama dan memberikan bantuan. Pembersihan kawasan sekitar dapat menjamin kebersihan dan memelihara kawasan setempat. Keadaan ini dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes yang mengakibatkan demam denggi. Maka, pembersihan yang dilakukan bersama akan mengeratkan hubungan melalui pembahagian tugas dan menjayakan aktiviti yang dilakukan. Lanjutan berpaksikan kebenaran yang disampaikan, hakikatnya dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti gotong-royong mampu memupuk semangat kejiranan.
Suatu hakikat yang wajar diterima ialah kaedah ziarah-menziarahi. Prakarsa ini dapat melahirkan sikap prihatin sesama jiran. Mereka akan saling mengambil berat antara satu sama lain dengan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami. Kita juga boleh mengajak jiran untu datang makan malam bersama atau menjemput menghadiri majlis yang diadakan. Sekiranya jiran kita telah jatuh sakit atau menghadapi kemalangan dan terlantar di hospital, kita bolehlah mengambil inisiatif dengan mengunjungi mereka supaya mereka berasa dihargai. Walaupun peribahasa ada mengatakan berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, namun kita perlulah mengamalkan prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Dengan ini, izharlah bahawa amalan ziarah-menziarahi mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Sebagai menggulung segala yang dibicarakan, sememangnya diakui dahawa terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dijalankan dalam memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Cogan kata " Jiran sepakat membawa berkat" amat bersesuaian dengan manfaat yang diperoleh dalam mengamalkan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian. semangat kejiranan amat penting dalam mewujudkan masyarakat yang harmonis dan menjamin kehidupan yang aman. Bantuan juga senang diperoleh kerana kita sering bergaul dengan jiran. Sekiranya semangat ini tidak diamalkan, maka akan timbullah pelbagai masalah yang tidak diingini. Masyarakat haruslah sering bersatu padu kerana bersatu teguh bercerai roboh dengan mengutamakan semangat kejiranan dan seterusnya menjamin kesejahteraan hidup.
Word count: 535 Markah: 29/30 Date: 10/10/15
Disclaimer: This essay is strictly for reference purposes only. I may have copied some parts or sentences from other sources but I hope that these essays will help you with your homework or exams. I do not mind if you copy and paste this for your own reference but please do not upload this essay anywhere else without my permission. Thank you for your cooperation and happy reading. :)
Comments
Post a Comment