Karangan Bahagian A Cara-cara menghargai Warga Tua
Dalam menempuhi kehidupan era milenium yang penuh kontroversi ini, warga tua kian dipinggirkan. Senario ini saban hari menjadi polemik komuniti madani yang cakna tentang duniawi. Warga tua yang telah memberi sumbangan dan pengorbanan sepanjang hidup mereka kebanyakannya telah dihantar ke rumah orang tua oleh anak-anak mereka. Tindakan ini boleh dikatakan bagai kacang melupakan kulit kerana kasih sayang yang dicurahkan sejak anak mereka masih kecil tidak dibalas semasa ibu bapa menjadi tua. Hal ini menyebabkan ibu bapa menjadi sunyi dan diabaikan malah menyebabkan impak buruk kepada mata dunia. Keadaan ini mempamerkan sikap generasi muda yang tidak menghormati dan menjaga kebajikan ibu bapa. Dengan ini, tindakan perlu diambil secepat mungkin untuk membendung sikap ini agar warga tua dapat dihargai dan memperoleh perlindungan yang sepatutnya.
Anak-anak perlulah memikul tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa sehingga akhir hayat mereka. Walaupun ibu bapa memarahi atau memukul kita sewaktu kecil, namun, kita sebagai anak perlulah memahami bahawa kesemua ini merupakan cara untuk membentuk diri kita agar menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan. Kita perlu memperbetul kesilapan yang dilakukan dan mengikut segala arahan ibu bapa agar tidak terpesong ke arah kejahatan. Oleh sebab itu, kita perlu menghargai segala yang diberikan oleh ibu bapa agar menjadi seorang yang berperibadi mulia. Anak-anak mesti memberikan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selesa untuk membalas jasa terhadap warga tua. Mereka boleh memberi wang bulanan yang secukupnya, berbual-bual, membawa mereka bersiar-siar atau melancong, menyambut hari jadi ibu bapa dan membantu mengemaskan tempat tinggal ibu bapa untuk menunjukkan penghargaan terhadap warga tua. Maka, jelaslah bahawa anak-anak patut memainkan peranan dalam menghargai warga tua.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa guru juga dapat membantu dalam mendidik murid untuk menghargai warga tua. Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidkan Agama di sekolah membekalkan sebuah landasan kepada guru-guru untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kehidupan murid-murid. Pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah untuk menyedarkan murid-murid tentang tanggungjawab sebagai seorang anak. Pendidikan Moral atau Kelab LEO di sekolah patut mengadakan lawatan ke rumah orang-orang tua agar murid-murid dapat didedahkan terhadap kewajipan sendiri untuk menjaga mereka yang telah tua dan kurang berupaya. Murid-murid akan lebih berpengetahuan tentang cara untuk menjaga orang tua. Dengan bertunjangkan kesahihan fakta, hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa guru-guru di sekolah dapat membantu generai muda untuk menghargai warga tua.
Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa prakarsa lain yang agak jelas ialah pihak kerajaan dan pihak swasta dalam menyediakan rumah penjagaan. Warga tua yang terbiar dan berkeliaran akan mempunyai bumbung di atas kepala mereka. Mereka tidak lagi perlu membimbangkan tentang makanan, pakaian atau tempat tinggal dengan bantuan pihak kerajaan dan swasta dalam membina tempat penjagaan untuk gologan ini. Selain itu, warga tua tidak akan berasa sunyi dengan adanya rakan-rakan yang boleh mereka berbual-bual dan menggembirakan diri mereka. Pihak kerajaan dan swasta juga boleh mengadakan program untuk warga tua ini agar tidak disisihkan oleh masyarakat. Lantaran berpaksikan kebenaran yang disampaikan, ternyatalah bahawa warga tua dapat dihargai dengan peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta.
Sebagai meggulung segala yang dibicarakan, hasrat untuk melihat negara kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju akan menjadi kenyataan sekiranya rakyat sanggup melakukan anjakan paradigma dan mempunyai mentaliti kelas pertama. Kita perlulah mejadi rakyat yang bertanggungjawab terhadap kebajikan warga tua dan menghargai segala pengorbanan yang telah diberikam sejak dahulu lagi. Kita perlulah menyedari bahawa tanpa mereka, apalah kita? Generasi muda pada zaman kini tidak akan dapat hidup dengan selesa sebegini tanpa jasa yang diperuntukkan. Maka, kita perlulah sentiasa menghargai warga tua ini dengan sepenuh hati agar mereka berasa diri mereka disayangi oleh kita. Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama bekerjasama untuk memastikan warga tua ini dapat menikmati kehidupan mereka yang selanjutnya.
Word count: 602 Markah: 28/30 Date: 25/7/15
Disclaimer: This essay is strictly for reference purposes only. I may have copied some parts or sentences from other sources but I hope that these essays will help you with your homework or exams. I do not mind if you copy and paste this for your own reference but please do not upload this essay anywhere else without my permission. Thank you for your cooperation and happy reading. :)
wow sangat menarik..mohon dikongsikan dengan murid-murid sekolah yer..terima kasih
ReplyDeleteKenapa la sekolah bulan 7 ni
DeletePkp laa
Syabas karangan ni mempunyai kosa kata berdarjat tinggi
ReplyDelete