Karangan Bahagian A Kebaikan Kecanggihan Teknologi
Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi. Perkembangan dalam teknologi telah menyogokkan gaya hidup baharu serta mengubah cita rasa pengguna. Teknologi telah menguasai dunia ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat masyarakat akan menggunakan teknologi dengan mengawal setiap perkara di hujung jari mereka. Keadaan ini menjadi amat mustahak kepada masyarakat kerana merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari masyarakat. Hal ini demikian kerana teknologi maklumat diwujudkan untuk menyenangkan kehidupan kita yang sibuk. Dunia kita kini yang beralaf siber telah melahirkan generasi kini yang celik IT. Sesungguhnya, jika derenungkan secara berhemah, kecanggihan teknologi mendatangkan maslahat terhadap masyarakat dan negara kita.
Umum mengetahui bahawa kecanggihan teknologi telah membenarkan pelajar belajar melalui sidang video. Dengan penciptaan komputer dan Internet, pembelajaran melalui sidang video dapat dijalankan. Para mahasiswa dapat bersidang dan melaksanakan soal sesi menjawab dengan serentak dengan pensyarah walaupun kedua-dua pihak berada di tempat yang berbeza. Keadaan ini dapat menyenangkan para mahasiswa dan pensyarah mereka berkomunikasi dan menjalankan pengajaran. Hal ini telah pun menjimatkan masa dan kos penerbangan kerana tidak perlu berada di tempat yang sama untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, alat bantu mengajar melalui sidang video dapat menarik minat pelajar untuk lebih fokus dalam pembelajaran.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan teknologi telah melahirkan sistem pengangkutan uang pantas dalam kehidupan masyarakat. Pengangkutan seperti bas, monorel, komuter, LRT dan MRT merupakan hasil kecanggihan teknologi yang berlaku. Pengangkutan sebegini telah membenarkan masyarakat untuk bergerak dengan lebih pantas dan dapat tiba di destinasi dalam masa yang singkat. Keadaan ini akan menjimatkan masa rakyat di samping dapat menikmati keadaan yang selesa dalam kenderaan. Pengangkutan yang efisien juga mampu menjana ekonomi negara dengan harga tambang yang berpatutan. Hal ini akan menarik lebih ramai pengguna dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat. Negara kita akan meningkat maju dengan kemajuan negara yang lain.
Sesungguhnya, kita sedia maklum bahawa komunikasi melalui telefon pintar juga adalah hasil yang didapati daripada kecanggihan teknologi dalam kehidupan masyarakat. Telefon pintar telah menggabungkan pelbagai fungsi seperti menangkap gambar, melayari Interet, merekod video, menggunakan aplikasi, melayari laman sosial dan bermain permainan dalam satu peranti. Telefon pintar ini memudahkan rakyat kerana tidak perlu membawa barang-barang yang fungsinya tertentu. Kegunaan yang sama bolah didapati dalam telefon pintar yang dicipta. Frasa "dunia tanpa sempadan" dapat dicapai dengan penggunaan aplikasi seperti Facebook, Twitter dan Instagarm yang membolahkan rakyat di negara yang berbeza untuk berkomunikasi sesama sendiri.
Dengan kupasan yang menarik, sememangnya diakui bahawa kecanggihan teknologi telah mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat. Sebagai generasi yang berada pada pawana globalisasi yang penuh dengan konkurensi sengit ini, kita haruslah bersyukur dan menggunakan teknologi untuk segala kebaikan. Teknologi akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa dan sistem hidup manusia pada masa depan akan lebih bergantung kepadanya untuk menyenangkan lagi kehidupan rakyat. Setiap rakyat perlulah melakukan anjakan paradigma agar wawasan 2020 dapat dicapai dengan pantas. Wawasan 2020 untuk menjadikan negara kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi boleh direalisasikan dengan penguasaan rakyat dalam teknologi.
Word count: 485 Markah: 27/30 Date: 19/6/15
Disclaimer: This essay is strictly for reference purposes only. I may have copied some parts or sentences from other sources but I hope that these essays will help you with your homework or exams. I do not mind if you copy and paste this for your own reference but please do not upload this essay anywhere else without my permission. Thank you for your cooperation and happy reading. :)
Salam saudara, bolehkah saya guna beberapa frasa untuk kegunaan tugasan sekolah saya?
ReplyDeleteYes, you're free to use them :)
DeleteHi, good writing u got there, may i use ur writing as reference to complete my assignment ?
ReplyDeletedamn i like the karangan , keep up the work
ReplyDelete