Karangan Bahagian A Kepentingan Semangat Kejiranan
Malaysia terkenal dengan kaum rakyatnya yang penuh diversiti, bangsa, pakaian tradisi dan makanannya. Namun, semangat kejiranan kurang dipraktikkan di negara kita, khususnya di bandar. Hal ini kerana rakyat masing-masing mempunyai pekerjaan dan sentiasa sibuk sehingga tiada masa menghiraukan jiran sebelah mereka. Hal ini menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur dipraktikkan dan hubungan yang longgar sesama jiran. Walakin pihak kerajaan telah menggiatkan pelbagai usaha untuk memupuk semangat ini dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, namun inisiatif ini tidak kelihatan memberi impak positif yang ketara. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Karim, beliau mengatakan rasa kecewanya tentang semangat kejiranan di Malaysia. Masyarakat sepatutnya sedar betapa pentingnya semangat kejiranan di negara kita. Semangat kejiranan dapat membenarkan masyarakat untuk memupuk semangat bekerjasama. Dengan ini, masyarakat dapat berganding...