Posts

Karangan Bahagian B Syarahan - Ke Arah Melahirkan Masyarakat yang Berilmu dan Berdisiplin

Anda mengambil bahagian dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda ialah "Ke Arah Melahirkan Masyarakat yang Berilmu dan Berdisiplin". Tulis syarahan anda selengkapnya.  Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya tampil di hadapan hadirin sekalian pada pagi yang berbahagia ini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Ke Arah Melahirkan Masyarakat yang Berilmu dan Berdisiplin". Sebelum saya mengutarakan gagasan idea saya berdasarkan tajuk tersebut, adalah lebih baik jika saya kupas makna tajuk syarahan ini secara ringkas. Perkataan "ke arah" bermaksud berhala atau berhaluan manakala perkataan "melahirkan" ialah "mencambahkan". "Masyarakat" pula bermakna kumpulan manusia yang hidup b

Karangan Bahagian A Langkah Melestarikan Permainan Tradisional

Langkah Melestarikan Permainan Tradisional 1. Menganjurkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional  2. Menjadikan permainan tradisional sebagai satu acara untuk menarik pelancong   3. Permainan tradisional sebagai satu aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi     Pada era pascamerdeka, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan masyarakat terlalu dihidangkan dengan kemodenan hidup. Masyarakat masa kini terlalu mengejar kecanggihan teknologi sehingga telah melupakan identiti diri sendiri. Warisan nenek moyang seperti permainan tradisional merupakan aset yang perlu dihargai dan diwarisi untuk pengetahuan generasi muda. Permainan tradisional pelbagai kaum mempunyai asal usulnya yang cukup menarik dan semuanya dibuat dengan tangan. Masyarakat perlulah mengambil inisiatif untuk mengenali dan memeliharanya dengan mengetahui cara permainan dan pembuatan agar tidak pupus dalam tangan masyarakat sendiri. Masyarakat harus menelusuri permainan tradision

Karangan Bahagian B Laporan Pencemaran Sungai dan Keberkesanan Kempen "Cintai Sungai Kita"

 Andaikan anda wartawan sebuah stesen televisyen penyiaran tempatan. Anda ditugaskan untuk membuat liputan tentang pencemaran sungai dan keberkesanan kempen "Cintai Sungai Kita" yang dilancarkan suatu ketika dahulu. Tulis laporan anda itu selengkapnya.    Air merupakan nadi kehidupan manusia. Ia merupakan sumber yang paling berharga bagi semua kehidupan di muka bumi. Air boleh didapati dan 71 peratus daripada muka bumi ini di laut, tasik, sungai, kolam dan paya. Namun, sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang isu pencemaran sungai yang merupakan pembekal air terbesar kepada kita. Masyarakat yang terlalu mengejar kemewahan hidup dan kerjaya masing-masing telah mengabaikan persekitaran dan tidak menyedari akan pencemaran serius yang telah dilakukan. Menurut statistik kajian, Laporan Kualiti Alam 2004 menunjukkan Sungai Pinang di Georgetown, Pulau Pinang merupakan sungai paling kotor dan tercemar sepanjang tahun di Mal

Karangan Bahagian A Langkah-langkah untuk Mengatasi Masalah Keracunan Makanan di Malaysia

Punca Keracunan Makanan di Malaysia 1. Sisa dan bahan buangan (11.8%) 2. Serangga dan haiwan (11.8%) 3. Bekalan air (5.9%) 4. Manusia (70.5%)   Dasawarsa ini, kes-kes keracunan makanan masih berlaku di Malaysia. Walaupun kes-kes keracunan tidak hangat diperbual, namun tindakan untuk menghentikan keadaan ini daripada berlaku telah disegerakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia. Jika dilihat secara terperinci dalam isu ini, kita dapat memahami bahawa terdapat banyak punca yang menyambung kepada keracunan makanan dalam masyarakat. Sisa dan bahan buangan serangga dan haiwan, bekalan air yang tercemar dan kelakuan manusia merupakan antara punca-punca yang menyebabkan keracunan makanan berlaku di negara kita. Kesemua ini merupakan tingkah laku manusia yang tidak memastikan kebersihan yang sempurna menyebabkan bakteria membiak di tempat yang kotor. Oleh sebab keadaan sedemikian, maka tindakan dan usaha yang pragmatik dan proaktif perlu diimplementasikan untuk mengatasi masalah keracunan makanan

All the best 2019 SPM candidates! ♥

Dear 2019 SPM candidates,   I just wanna wish you the very best for your exams starting tmr! You have been working really hard and just give it your all. This is just another stepping stone and I hope you stay calm throughout the entire exam period. God bless  ♥ ♥ ♥

Karangan Bahagian B Sumbangan Pekerja Asing

Walaupun kehadiran pekerja asing dikatakan banyak menimbulkan masalah kepada negara kita, namun sumbangan mereka masih diperlukan dalam mengisi pembangunan negara. Berikan pendapat anda berhubung pernyataan ini.    Dalam menempuhi pawana globalisasi yang penuh dengan konkurensi sengit ini, secara sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, negara kita yang telah mengalami pascamerdeka dibangunkan supaya dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara lain yang maju. Modenisasi negara kita telah melonjakkan nama negara ke pentas dunia agar dapat menyaingi negara-negara maju yang lain. Kemajuan yang dikejar ini dapat memastikan negara kita tidak ketinggalan daripada arus zaman kini. Rakyat juga akan menikmati keselesaan yang diperoleh daripada modenisasi tersebut. Namun demikian, oleh sebab rakyat terlalu dihidangkan dengan taraf hidup yang mewah dan selesa, telah melahirkan rakyat yang tidak sanggup memikul pekerjaan yang membebankan. Mer

Karangan Bahagian A Peranan Masyarakat dalam Usaha Membendung Kenaikan Harga Barangan Keperluan

Peranan Masyarakat dalam Usaha Membendung Kenaikan Harga Barangan Keperluan 1. Pengguna perlu berjimat cermat dan bijak merancang perbelanjaan 2. Peniaga boleh menyediakan barangan yang mencukup pada setiap masa untuk mengekalkan kestabilan harga 3. Menghasilkan keperluan sendiri   Dalam menempuhi kehidupan yang penuh kontroversi ini, globalisasi telah berlaku di dunia dan ekonomi negara-negara telah meningkat. Namun, mata wang negara kita semakin susut nilainya yang menyebabkan kenaikan harga barang. Hal ini menyusahkan golongan rakyat yang pendapatannya tetap sama dan perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk membeli barang yang sama. Golongan miskin terutamanya mendapat impak yang lebih besar daripada golongan sederhana dan kaya kerana tidak berkemampuan membeli barang keperluan yang mahal. Oleh itu, masyarakat bolehlah mengambil inisiatif dengan membendung kenaikan harga barangan keperluan. Dengan permintaan yang berkurang daripada masyarakat, maka harga barangan dapat dikur