Karangan Bahagian B Cara-cara Mengekalkan Bangunan Bersejarah
Pelupusan bangunan bersejarah atas alasan pembangunan telah menghakis warisan sejarah negara kita. Berikan pendapat anda tentang cara-cara mengekalkan bangunan bersejarah. Pada era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan menduga kita ini, Malaysia, ibu pertiwi tanah tumpahnya dara kita ini sesungguhnya wujud daripada ketamadunan silam iaitu Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan awal seperti Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Kedah Tua. Sementara itu, beberapa kerajaan lain di pantai Timur Semenanjung Malaysia pernah dijajah selama 446 tahun dan akhirnya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejarah penubuhan kerajaan ini telah banyak meninggalkan bangunan bersejarah sama ada yang bercirikan tempatan mahupun Eropah. Jawatankuasa Warisan Dunia (UNESCO) telah mentadbir Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO dan mencalonkan Tapak Warisan Dunia yang bertujuan mengkatalog, menyenarai, menamai dan mengabdikan tapak-tapak ulung warisan budaya ata...