Karangan Bahagian A Senario Pelajar Bekerja Semasa Cuti Sekolah

  Dalam menempuhi kehidupan yang penuh kontroversi ini, pelajar sering mengejar modenisasi yang berlaku di dunia pascamoden. Mereka semakin bersifat materialistik dan cenderung terhadap perkara-perkara yang mem... wang saku. Ibu bapa pelajar yang sering sibuk mengejar kerjaya masing-masing dan tidak mempunyai masa terluang untuk bersama-sama anak menyebabkan anak-anak berasa sunyi dan tidak dipedulikan. Ibu bapa juga menanggung beban berat untuk membiayai kehidupan anak mereka dan menyebabkan anak cenderung untuk bekerja semasa cuti sekolah agar beban ibu bapa dapat diringankan dari segi wang. Oleh itu, marilah kita lapangkan jiwa dan minda untuk mengetahui tentang senario pelajar bekerja semasa cuti sekolah dengan lebih lanjut. 

  Umum mengetahui bahawa pelajar yang bekerja sambilan dapat mengisi masa terluang dengan perkara yang lebih berfaedah. Pelajar yang bekerja sambilan dapat menambahkan pengalaman dari segi alam pekerjaan. Pelajar akan lebih mendisiplinkan diri pada hari-hari bekerja dan mengelakkan pembaziran masa. Oleh hal yang demikian, pelajar dapat memenuhi jadual waktu seharian dengan pekerjaan yang sibuk dan secara tidak langsung mengelakkan diri daripada melakukan perkara negatif seperti melepak di kafe siber dan terjebak dalam gejala sosial. Hal ini mampu menyediakan pelajar kepada dunia pekerjaan dan merasai kesusahan bekerja seperti yang dialami oleh ibu bapa. Pelajar juga dapat menjamin keselamatan diri dan mengurangkan kebimbangan ibu bapa terhadap mereka jika melakukan pekerjaan sambilan. Dengan bertunjangkan kesahihan fakta, jelaslah bahawa pelajar dapat memanfaatkan masa cuti sekolah dengan menjadi pekerja sambilan. 

  Sesungguhnya, fenomena ini dapat juga dikaitkan dengan faedah seterusnya, iaitu memperoleh wang saku Pelajar yang bekerja sambilan akan mendapat gaji daripada majikan yang dikira berdasarkan waktu yang ditentukan. Wang tersebut mungkin sedikit tetapi keadaan ini akan menyebabkan pelajar lebih menghargai wang yang diperoleh kerana merupakan hasil titik peluh mereka. Wang saku dapat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membeli buku rujukan, membayar yuran tuisyen dan barang-barang kehidupan seharian. Wang tersebut perlu digunakan dengan berhemat dan tidak digunakan secara sia-sia. Wang tersebut juga boleh mengurangkan wang yang diperoleh daripada ibu bapa dan mengurangkan beban mereka. Dengan berbuat demikian, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelajar yang bekerja sambilan dapat memperoleh wang saku. 

  Namun demikian, sesuatu perkara tentu ada kebaikan dan keburukannya, begitu juga dengan pelajar yang bekerja semasa cuti sekolah. Pelajar yang bekerja akan lebih cenderung melakukan pekerjaannya disebabkan oleh wang saku yang diperoleh untuk membeli barang yang disukai. Sekiranya pelajar tidak berfikiran matang, mereka mungkin menggunakan wang tersebut untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah dan mengurangkan minat untuk belajar. Mereka semakin memfokus terhadap pekerjaan sahaja dan tidak menghiraukan soal pembelajaran. Keadaan ini mungkin menyebabkan keputusan peperiksaan pelajar merosot kerana tidak dapat mengejar perkara-perkara yang diajar oleh guru kerana sibuk bekerja. Dengan berbuat demikian, ternyatalah bahawa pelajar akan kurang minat untuk belajar seandainya mereka bekerja sewaktu cuti sekolah. 

  Akhirulkalam, realiti pelajar bekerja semasa cuti sekolah mendatangkan kebaikan dan keburukan. Maka, pelajar perlulah menyeimbangkan pekerjaan mereka dan pembelajaran. Pelajar seharusnya berfikiran rasional dan mengagihkan masa dengan betul. Janganlah kita mempunyai sikap "anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui". Pelajar perlulah lebih mengutamakan pelajaran dan elakkan perkara yang akan menjejaskan masa depan sendiri. Hakikat pelajar bekerja semasa cuti sekolah tidak dapat dielakkan kerana pelajar yang semakin meningkat usia cenderung melakukannya untuk mendapat pengalaman. Namun begitu, pelajar tidak perlulah memandang pekerjaan yang dilakukan dengan berat. Dengan ini, ibu bapa dapat melegakan hati mereka kerana anak-anak pandai berfikir. 

Word Count:                                                 Markah: 25/30                                     Date: 12/5/15 

Comments

Popular posts from this blog

Karangan Bahagian B Faktor-faktor Semangat Kejiranan Semakin Luntur

Karangan Bahagian B Keistimewaan Malaysia

Karangan Bahagian B Keburukan Obesiti dan Cara Mengatasinya