Karangan Bahagian A Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan Dalam Kalangan Masyarakat

 Langkah-Langkah Memupuk Semangat Kejiranan 
1. Mengadakan aktiviti gotong-royong
2. Mengadakan majlis-majlis rumah terbuka
3. Menyemarakan budaya kunjung-mengunjungi 
4. Mengadakan aktiviti Hari Keluarga 

 Pada era milenium ini, semangat kejiranan tidak lagi diendahkan. Oleh sebab modenisasi yang berlaku di sekeliling masyarakat dengan perkembangan sains dan teknologi, masyarakat sering mengejar dengan masa dan sering sibuk melakukan kerja masing-masing. Mereka tidak lagi memantau persekitaran mereka dan tidak bertegur sapa dengan jiran. Masyarakat semakin mengamalkan sikap mementingkan diri dan tidak mengambil tahu tentang keadaan orang lain. Oleh sebab itu, usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan perlulah dilakukan untuk memulih keadaan mesra dan harmoni antara jiran. 

  Antara usaha-usaha memupuk semangat kejiranan adalah mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong perlulah dilaksanakan di tempat kediaman masyarakat sekurang-kurangnya setahun sekali. Gotong-royong bukan sahaja dapat membersihkan kawasan kediaman, malah dapat mengeratkan hubungan antara jiran-jiran. Hal ini disebabkan mereka boleh berinteraksi sesama sendiri apabila melakukan pekerjaan dan menghormati orang lain. Pekerjaan yang dilakukan juga dapat diringankan bebannya kerana seperti pepatah Inggeris "tangan yang banyak membuat pekerjaan ringan". (berat sama dipikul, ringan sama dijinjing)

  Selain itu, majlis-majlis rumah terbuka yang diadakan mampu memupuk semangat kejiranan. Majlis-majlis rumah terbuka diadakan pada setiap perayaan kaum negara kita pada setiap tahun oleh perdana menteri kita. Tujuan pengadaan majlis-majlis rumah terbuka diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara kaum-kaum di negara kita dan lebih memahami serta menghormati budaya dan perayaan kaum lain. Ia juga dapat mengumpulkan rakyat untuk berinteraksi dan meraikan perayaan bersama-sama. Hal ini dapat mengikis sebarang prasangka dan sikap individualistik dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. 

  Seterusnya, budaya kunjung-mengunjungi perlu disemarakkan antara jiran. Hal ini disebabkan jiran-jiran perlulah memupuk hubungan yang mesra dan harmonis dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Mereka perlulah mengambil tahu akan keadaan jiran dan membantu mereka sekiranya mempunyai sebarang permasalahan. Jiran juga boleh membawa buah tangan apabila mengunjungi mereka dan bertanya khabar. Ini dapat mengekalkan keadaan mesra antara jiran. 

  Di samping itu, aktiviti Hari Keluarga bolehlah diadakan di pusat komuniti sesebuah tempat perumahan. Hari Keluarga akan menarik perhatian semua lapisan masyarakat di sesebuah tempat perumahan untuk melibatkan diri dengan aktiviti ini. Hal ini disebabkan masyarakat akan mendirikan tempat mereka masing-masing untuk menjual barang yang pelbagai dari segi makanan dan barangan. Aktiviti-aktiviti yang menarik juga akan diadakan untuk menghiburkan masyarakat. Wang yang dikumpul boleh digunakan untuk perkara yang manfaat seperti pendermaan wang kepada rumah anak yatim atau rumah orang tua. 

  Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan. Semangat kejiranan ini amat penting untuk menjamin kesejahteraan penduduk di sesebuah tempat perumahan agar dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Keharmonian masyarakat antara kaum perlulah dikekalkan dengan mengamalkan nilai-nilai yang terpuji seperti bertoleransi dan bertolak ansur. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan mestilah konsisten dan bukannya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Bak kata pepatah "Jiran Sepakat Membawa Berkat". Masyarakat perlulah bermuafakat agar negara kita sentiasa aman dan harmoni. 

Word Count: 439                                            Markah: 25/30                                            Date: 19/1/15

Comments

Popular posts from this blog

Karangan Bahagian B Faktor-faktor Semangat Kejiranan Semakin Luntur

Karangan Bahagian B Keistimewaan Malaysia

Karangan Bahagian B Keburukan Obesiti dan Cara Mengatasinya