Posts

Karangan Bahagian A Cara-cara Mengatasi Kesesakan Jalan Raya

      Dalam meniti arus kemodenan ini, masalah kesesakan jalan raya banyak diperkatakan. Masalah ini telah mencetuskan kerumitan pelbagai pihak dan sukar ditangani. Kerajaan telah pun melaksanakan pelbagai pendekatan untuk mengatasi kemelut kesesakan jalan raya, bak kata pepatah sebelum kudis menjadi tokak . Namun demikian, kelihatan bilangan kenderaan yang berada di jalan raya masih belum dikurangkan. Menurut Menteri Pengangkutan, Dato’ Liow Tiong Lai, beliau melahirkan rasa bimbang dengan mengatakan bahawa masalah kesesakan lalu lintas telah mencapai tahap yang serius dan perlu diberikan perhatian terhadap isu ini. Jika ditinjau secara menyeluruh, terdapat pelbagai langkah pragmatik yang boleh disegerakan untuk menyelesaikan masalah ini.        Umum mengetahui bahawa usaha yang bertunjangkan kewarasan minda perlulah diambil, iaitu dengan menggunakan kenderaan awam. Kenderaan awam seperti bas, teksi, MRT, LRT, monorel dan K...

Karangan Bahagian A Kebaikan Internet

      Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat di dalam negara telah menyogokkan gaya hidup baharu serta mengubah cita rasa pengguna. Teknologi maklumat telah menguasai dunia ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat masyarakat akan menggunakan teknologi maklumtat dengan mengawal setiap perkara di hujung jari mereka. Keadaan ini menjadi amat mustahak kepada masyarakat kerana merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari masyarakat. Fenomena ini dapat juga dikaitkan dengan terciptanya rangkaian Internet untuk menyenangkan kehidupan kita. Sesungguhnya, jika direnungkan secara berhemah, rangkaian Internet mendatangkan maslahat terhadap masyarakat dan negara kita.    Umum mengetahui bahawa kebaikan perdana yang mampu kita nikmati adalah mencari maklumat. Dalam konteks ini, masyarakat akan menjadi lebih peka dengan perkembangan dan pergolakan di...

Karangan Bahagian A Langkah-langkah Mempopularkan Permainan Tradisional

      Dalam menempuhi kehidupan era milenium yang penuh kontroversi ini, permainan tradisional kian dipandang sepi dalam penghuni bentala. Fenomena ini sering menjadi mauduk bicara komuniti madani yang telah melalui anjakan paradigma dalam kehidupan. Lebih menarik lagi, isu yang meruntun jiwa dan minda ini turut disiarkan di dada akhbar untuk tatapan umum. Persoalannya, adakah kita bersedia menghadapi kekangan yang melanda generasi kini? Oleh hal yang demikian, lapangkan jiwa dan minda untuk memikirkan langkah pragmatik yang boleh disegerakan untuk memartabatkan permainan tradisional.       Umum mengetahui bahawa cara yang bertunjangkan kewarasan minda perlulah diambil, iaitu sokongan daripada ibu bapa. Ibu bapa menjadi entiti mithali kepada anak-anak dan memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka. Ibu bapa boleh mengambil tindakan pertama dengan memperkenalkan permainan tradisional yang pelbagai kepada anak-anak sepert...

Karangan Bahagian A Cara-cara Mengurangkan Penyakit Berjangkit daripada Terus Menular di Malaysia

      Kes penyakit berjangkit semakin membimbangkan masyarakat kini. Beberapa tahun yang lalu, kita dikejutkan dengan penyakit Ensefalitis Jepun (JE) yang berpunca daripada khinzir. Penyakit ini disebabkan oleh virus Ensefalitis Jepun bawaan nyamuk. Jangkitan virus ini kepada manusia mungkin menyababkan simptom teruk dan akhirnya membawa kepada maut. Munurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam, beliau melahirkan kebimbangan terhadap penularan penyakit berjangkit di negara kita. Terdapat beberapa pendekatan mengurangkan penyakit berjangkit daripada terus menular di Malaysia.        Umum mengetahui bahawa langkan yang bertunjangkan kewarasan minda perlulah diambil, iaitu dengan penjagaan kesihatan yang teratur. Kita perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali setiap minggu dan 20-30 minit setiap kali. Elakkan daripada terjabak gejala negatif seperti merokok dan mengh...

Karangan Bahagian B Cara-cara Memperkukuh Perpaduan Kaum di Malaysia

      Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui banyak pengalaman pahit. Bermula dengan penjajahan Portugis, kemudian Belanda, Inggeris, Jepun, kemudian Inggeris semula, pengalaman dijajah tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat 'Merdeka' pada 31 Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan yang telah diingini selama ini. Namun, peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku selepas kemerdekaan negara telah menyebabkan rusuhan kaum antara kaum Cina dan kaum India. Tragedi tersebut juga telah menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. Pilihan raya umum 1969 menjadi satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia yang telah memecahbelahkan kaum Cina dan kaum Melayu. Hal ini juga menyebabkan persekitaran tidak aman dengan hasad dengki antara kaum. Unsur penting dalam pemulihan keadaan ini hanyalah dengan perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana cerai-berai ini tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat malah memberi anasir-anasir luar pe...

Karangan Bahagian B Keistimewaan Malaysia

      Malaysia merupakan sebuah negara yang kian membangun sejak mengecapi kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Kita amat beruntung kerana telah mencapai perkembangan pesat dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kesihatan dan perindustrian. Kemajuan sains dan teknologi telah mendorong Malaysia ke alaf baharu yang serba canggih dan moden agar dapat merealisasikan wawasan 2020 yang menjadikan Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Untuk membangun negara supaya setaraf dengan negara-negara lain, sektor-sektor ekonomi yang menyumbangkan kepada pendapatan negara kita amat penting. Sektor pelancongan terutamanya yang mempromosikan negara Malaysia yang unik ini menyumbangkan pendapatan yang amat besar nilainya. Menurut kajian yang telah dilakukan, negara Malaysia merupakan antara 10 negara paling banyak dilawati oleh pelancong asing di dunia dan telah menyumbangkan sebanyak RM22 bilion pada tahun 2012. Menteri Pelancongan ...

Karangan Bahagian A Bukti-bukti Perasaan Sayang akan Negara dalam Kalangan Rakyat di Negara Kita

      Sewaktu komuniti dunia sedang leka mengorak langkah dalam memacu pembangunan, perasaan sayang akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia kian subur di hati penghuni bentala. Realiti ini acap kali menjadi wacana komuniti madani yang mendominasi mentaliti kelas pertama. Lebih menarik lagi, isu yang menenangkan jiwa dan minda ini turut menjadi santapan mata di laman sosial Internet. Persoalannya, adakah kita mampu mempertahankan perasaan sayang akan negara yang kita kecapi selama ini? Sesungguhnya, sebagai rakyat Malaysia, amatlah wajar menyayangi tanah air kita yang juga merupakan tempat lahir kita. Oleh hal yang demikian, lapangkan jiwa dan minda untuk mengetahui bukti yang relevan yang memungkinkan hakikat ini berlaku.       Umum mengetahui bahawa dengan belajar bersungguh-sungguhnyan merupakan salah satu cara membuktikan perasaan sayang akan negara. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui pendidikan dan dimanfaatkan untuk memajukan...